Aktivis Suaram ditahan bawah ISA

Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam ini.

Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.

Menurut penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, aktivis badan hak asasi itu kemudian dibawa ke balai polis Pasir Gudang tidak lama selepas itu.

Cheng dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

Pada mulanya, Cheng hadir di Seri Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan polisnya di balai polis Permas Jaya  semalam mengenai penangkapan terhadap 27 penduduk dan pemimpin PAS di Plentong Jaya.

Nyam berkatamemberitahu Malaysiakini, beliau bersama Cheng hadir kira-kira jam 8.30 malam selepas dihubungi seorang inspektor untuk mengambil keterangan wanita berkenaan.

Kira-kira dua jam kemudian, tambah Nyam, beliau dimaklumkan bahawa Cheng ditahan polis malam ini bawah akta kontroversi tersebut.

Dihubungi Malaysiakini ketika berkumpul bersama beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis di Pasir Gudang awal pagi ini, Nyam berkata beliau dimaklumkan Cheng akan dibawa ke Johor Bahru pagi esok.

Tambahnya, beliau bersama sekumpulan aktivis akan ke sana mulai 9 pagi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya penahanan Cheng.

Semalam, kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan di kawasan setinggan itu dibebaskan setelah berada di balai polis kira-kira lapan jam.

Mereka – termasuk ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah – dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya, tempat mereka ditahan, pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.

Mereka, termasuk tiga wanita, ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Beberapa ratus penduduk membantah usaha perobohan itu.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kawasan itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.

Kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang semama selepas perundingan dengan wakil penduduk setelah ia dimulakan kira-kira jam 10 pagi.

2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej

2 pelajar cemerlang UPM dibuang kolej
Jimadie Shah Othman | Oct 16, 08 4:32pm
Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang daripada kolej kediaman kira-kira seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

Pelajar wanita, kedua-duanya mencapai keputusan CGPA 3.5 mata, diarahkan meninggalkan Kolej Tun Perak mulai semalam, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu “secara tidak sah” dan “tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej”.

Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.

“Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut,” surat pengetua kolej berkenaan profesor madya Dr Jasni Sabri bertarikh 14 Oktober dipetik.

Malaysiakini belum berjaya mendapatkan reaksi pihak kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu.

Difahamkan, kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Mari beramai-ramai untuk menyokong perjuangan mahasiswa – 10 Okt 2008, jam 2.00ptg di KPT, putrajaya

Kepada rakan-rakan yang saya kasihi,
Pilihan raya kampus akan datang. Pilihan raya kampus adalah salah satu pentas untuk kami menperjuangkan kebajikan mahasiswa.
Satu karnival demokrasi untuk mahasiswa bersuara. Marilah turun beramai-ramai untuk menuntut hak asasi mahasiswa.
3 tuntutan:
1. Demokrasi kampus
2. Mansuh E-voting
3. Umumkan tarikh pilihanraya kampus
Mana? Bila? Pukul berapa?
Tarikh: 10 Oktober 2008
Jam berkumpul: 2 petang, (Bagi rakan-rakan Muslin, kumpul di belakang KPT pada pukul 2ptg, kami mula pada pukul 2.30 ptg selepas sembahyang)
Tempat: Pintu depan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Telefon Lee Song Yong pada 0126359440 ataupun Ong Jing Cheng pada 012-7583779
Ong Jing Cheng

PMAPIUM MENYOKONG SAMBUTAN HARI GURU 2 KALI SETAHUN

Hari guru merupakan saat yang paling berharga bagi insan yang bergelar guru tatkala anak murid mengucapkan kata-kata memohon maaf, halalkan ilmu yang ditimba, mohon diberkatkan ilmu yang dipelajari, member sekalung bunga dan yang paling menggembirakan adalah ucapan terima kasih kepada guru. Menyingkap sajak Guru Oh Guru karya Allahyarham Usman Awang yang jelas menunjukkan bahawa segala profesion yang ada pada hari ini yang dipenuhi anak bangsa Malaysia adalah bermula dengan guru yang sabar tingkahnya.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca.

Hari guru di Malaysia yang disambut setiap tahun pada 16 Mei adalah suatu penghargaan yang paling berharga dan bernilai kepada mereka yang bergelar guru. Kedengaran bahawa hari guru akan disambut 2 kali setahun disambut baik oleh Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM). Perbincangan yang masih dijalankan oleh persatuan-persatuan dan majlis berkaitan guru di negara in haruslah diteliti secara mendalam kerana sambutan ini bukanlah sambutan ulang tahun hari-hari biasa tetapi adalah sambutan meraikan guru yang sangat berjasa kepada tanah air. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov setiap tahun merupakan suatu langkah bijak. Sememangnya harus kita mengerti bahawa hari guru disetiap Negara seluruh dunia disambut pada tarikh yang berbeza seperti Negara Albania pada 7 Mac, Negara China pada 10 September, Czech Republik pada 28 Mac, Negara Russia pada 5 Oktober, Negara Taiwan 28 September, Negara Thailand 16 Januari, Negara Vietnam pada 20 November dan sebagainya.

Langkah PBB untuk meraikan hari guru sedunia merupakan langkah bijak untuk menyatukan seluruh Negara dalam menyambut hari guru ini. Hari guru yang disambut adalah untuk menghargai jasa mereka membanting tulang dan keringat, pengorbanan dan keperitan mendidik rakyat. Peranan guru dalam masyarakat dunia bukanlah satu peranan kecil bahkan guru-guru inilah yang dapat mencipta gelombang keintelektualan anak bangsa supaya lebih berdaya saing dari semua sudut. Walaupun sememangnya hari guru ini adalah wajar disambut setiap hari tetapi langkah meraikan pada tarikh dan waktu tertentu merupakan penghargaan yang amat besar dalan karier ini. Azizi Haji Abdullah dalam karyanya Memoir Seorang Guru telah menyedarkan bahawa tugas guru ini bukanlah hanya mengajar membaca dan menulis tetapi adalah melahirkan insan yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Wan Norzahidah bin Wan Ahmad Mahasiswi Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam menyatakan guru merupakan insan yang terpenting selepas ibu bapa dalam mengadun anak bangsa supaya cemerlang. Seorang guru pada hakikatnya bukanlah mahukan diri mereka disanjung dijunjung, dipuji dipuja bukan juga mengharapkan balasan atas jasa-jasa mereka, yang hanya dimahukan cukuplah anak-anak murid mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair.

Sejarah setiap Negara dalam menyambut hari guru adalah berbeza-beza seperti di Malaysia sambutan hari guru adalah sempena Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita yang dikenali sebagai laporan Razak pada tahun 1956. Di Negara Amerika Latin Hari guru sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmieto seorang pendidik dan ahli politik Argentina . Manakala di Negara Czezh Republik Hari Guru disambut sempena hari lahir Jan Ámos Komenský dan begitu juga dinegara-negara lain yang mempunyai sejarah tersendiri dalam meraikan hari guru.

Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah dalam mendidik anak bangsa, sehingga ada usul dikeluarkan supaya guru mempunyai bidangkuasa yang luas diluar sekolah dan waktu persekolahan dalam mendidik anak bangsa. Ini kerana melihat gelagat pelajar sekolah hari ini yang begitu liar dengan budaya-budaya hedonism yang mampu melumpuhkan perjalanan sistem pendidikan kita pada hari ini. Ini berikutan kes-kes ponteng, hisap rokok, vandalism dan budaya negatif mula menyelusup masuk ke sekolah-sekolah secara lansung dan tidak langsung. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab dapat membincangkan samada guru wajar atau tidak bertindak diluar sekolah dan waktu persekolahan.

Sekali lagi PMAPIUM menyokong cadangan berkenaan sambutan hari guru disambut 2 kali setahun iaitu Sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei dan Sambutan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov. Ini merupakan langkah bijak yang mana Sambutan Hari Guru diperingkat kebangsaan dan dunia adalah agar mereka lebih berdaya saing dan bertungkus lumus mendidik anak bangsa Malaysia dalam proses pembentukan nilai insani dalam diri melalui sistem pendidikan.

ZULZAIDI BIN MAHMOD

Exco Akademik Dan Intelektual,

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya

Merangkap:

Timbalan Presiden

Persatuan Pengguna Universiti Malaya

Universiti Malaya

Timbalam Presiden

Lajnah Syariah Dan Undang-Undang

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya

7 oktober 08/ 7 syawal 1429

0125002954/0162201456

Jemputan Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM

Menemui rakan-rakan Skalian…
Sukacita dimaklumkan bahawa, insyaAllah Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM akan diadakan…bertepat an pada :
12 Oktober 2008
bermula jam 9.00am – 1.00pm
( Ahad )
bertempat di :
Ruang Legar Ibu Pejabat JIM PUSAT
( Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Selangor)
pihak pnganjur & AJK Program sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran andake majlis hari raya ini…

Ajak kawan-kawan semua!

datang jangan tak datang !!!!

Umar Abdul Aziz, artikal yang saya tulis dengan yang berbanding dengan Lim Guan Eng

Rakan-rakan seperjuangnan,
Saya telah menulis satu artikal mengenai banding antara Lim Guan Eng dan Umar Abdul Aziz.
Saya harap rakan-rakan seperjuangan dapat memberi pandangan atas artikal.
Menulis artikal ialah satu proses belajar. Sila rakan sekalian memberi tunjuk ajar.
Terima kasih.
Ong Jing Cheng

STUDENT POWER dalam Bahasa Tamil

Rakan2 seperjuangan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, dan
Kullu’am wa antum bikhair.
Saya ucapkan kepada musimin dan muslimah.
Salam perjuangan dan salam perpaduan,
Pilihan raya kampus akan datang selepas hari raya. Mari kami sama-sama raya dan berjuang berhabis-habis untuk pilihan raya kampus yang akan datang.
Slogan yg biasa kami laungkan:
STUDENT POWER
dalam bahasa tamil
MANAVER SAKTHI
betulkan saya kalau saya salah eja.
Biar laungan STUDENT POWER penuhkan kampus-kampus yg kami berada.
Ong Jing Cheng

PENTING: Makluman Kes Abdul Kahar (Rasul Melayu)

Assalamualaikum,
Adalah dimakluman bahawa keputusan perbicaraan bagi kes Abdul Kahar Ahmad lawan Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan disampaikan pada 26 September 2008, Jumaat jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Abdul Kahar (yang mengaku dirinya sebagai Rasul Melayu) dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di atas lima tuduhan mengikut mengikut Seksyen 7, 8 (a), 10 (b), 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan telah memfailkan permohonan ke Mahkamah Sivil untuk mencabar kesahihan kesalahan jenayah Syariah tersebut. Kes ini didengar bersama-sama dengan kes Sulaiman B. Takrib (salah seorang pengikut Ayah Pin) yang mencabar keputusan Mufti.
Kami menganjurkan untuk orang ramai serta NGO-NGO Islam yang berkelapangan untuk hadir mengikuti keputusan demi menzahirkan sokongan kepada para pendukung kebenaran.

Bagi pihak Peguam Pembela Islam (PPI),

Mengejar Dunia

Dunia merupakan persinggahan manusia sebelum sampainya kita ke alam yang kekal abadi selepas kematian – Alam Akhirat. Persinggahan ini penuh dengan ujian yang maha dahsyat sehingga ramai umat manusia yang tersadung kaki mereka lalu rebah di pintu redha-Nya. Peringatan-peringat an Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an serta wasiat Rasulullah s.a.w. di dalam al-Sunnah seharusnya dijadikan panduan utama dalam menempuh kehidupan di dunia yang serba memukau ini. Namun, peringatan serta wasiat ini dibelakangkan oleh manusia yang mabuk mengejar kenikmatan dunia sehingga diri mereka binasa secara sedar ataupun tidak.

Baca selanjutnya. ..

‘Kepulangan’ Kassim Ahmad – Satu Penilaian Semula

Apa salah Kassim Ahmad dalam pendiriannya itu? Mengapa saudari/saudara begitu bias terhadapnya? Saudari/saudara mengolah seolah-olah beliau telah memilih jalan yang salah. Saya tidak berpendapat beliau tidak anti Hadith. Beliau sekadar menulis apa yang beliau yakini, dan beliau telah memberi sebab-sebab dan hujah-hujah yang baik.

Pada prinsipnya, ajaran al-Qur’ān mempunyai 2 dimensi: dimensi sejarah dan dimensi universal. Nabi Muhammad s.a.w. melaksanakan ajaran-ajaran ini dalam sebuah masyarakat konkrit Arab dalam abad ketujuh dengan sifat-sifat sebuah masyarakat suku dengan adat resam budaya yang khusus. Jadi, sebahagian dari peraturan yang disebut dalam al-Qur’ān (hukum potong tangan bagi pencuri, hukum sebat bagi penzina dan lain-lain yang sepertinya) mengendalikan keadaan masyarakat Arab ketika itu. Peraturan-peraturan ini tidak seharusnya dianggap mutlak dan tetap dan tidak boleh diubah-ubah, kerana tiap-tiap peraturan ini, Tuhan menetapkan prinsip-prinsipnya seperti persamaan antara lelaki dan wanita, persamaan antara manusia, dan hukuman adil dan ihsan bagi penjenayah. Dengan menggabungkan perspektif sejarah dan universal, barulah kita boleh memahami ajaran al-Qur’ān dengan tepat.”

Mengapa saudari tidak dapat menerima hujahnya ini?

Kesimpulan akhir buku ini adalah Kassim Ahmad sekadar menemui sebatang jalan yang pada pandangannya Islam, namun agak dikesali tidak terdapat satu ayat pun yang menyatakan beliau bersalah bila mengarang buku Hadith – Satu Penilaian Semula.

Apakah saudari/saudara cuba menerangkan yang bahawasanya saudari/saudara telah menemui jalan yang Islam, dan Kassim pula sekadar tertipu dengan dirinya sendiri? Mengapa saudari/saudara yakin bahawa apa yang telah ditemuinya bukanlah jalan Islam?

On Thu, Sep 18, 2008 at 4:19 AM, `izzat anwari <akucahaya@gmail. com> wrote:

Setelah Kassim Ahmad menerbitkan bukunya bertajuk Mencari Jalan Pulang – Dari Sosialisme Kepada Islam, hati saya sedikit gembira. Namun kegembiraan tersebut hanya sementara. Bukan jalan pulang yang dicarinya, malah Kassim Ahmad masih kuat berpegang kepada fahaman anti-Hadithnya! Baru-baru ini juga Kassim Ahmad tanpa `segan-silu’ menyiarkan semula tulisan anti-Hadithnya dalam blognya seolah-olah dia `menjerit’ kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia bahawa “saya sudah jumpa jalan pulang saya!”

Jalan mana yang dipilihnya? Mari kita sama-sama menilai semula `kepulangannya’ tadi.

Baca selanjutnya. ..

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.