TAULADAN SEPANJANG ZAMAN

 

“Secawan kopi, kalau kita tidak bubuh gula tentu rasanya pahit, gula yang diletak dan dikacau tadi akan hilang, dan yang ada hanya manisnya” ini adalah kata-kata Muhammad Amin Leong Abdullah seorang muallaf di dalam buku “ISLAM PILIHANKU“. Kata-kata ini menggambarkan betapa nikmatnya Islam, kerana tidak dapat dizahirkan.

            Islam merupakan agama yang universal, bersesuaian dengan masa, tempat dan siapa sahaja tanpa mengira bangsa, budaya dan warna kulit. Agama Islam pada hari ini adalah hasil perjuangan seorang manusia pilihan yang bernama Muhammad bin Abdullah.

            Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan dikota Mekah pada 12 Rabiulawwal tahun gajah. Di dalam kemuliaan manusia pada waktu itu, dari kesemua kaum, maka  Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan dalam keturunan yang mulia di kota Mekah iaitu Kaum Quraisy. Maka umat Islam haruslah memperingati tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w untuk menambahkan lagi ketakwaan dan mengenangkan kembali perjuangan dakwah Rasulullah sehingga tersebarnya Islam yang mulia pada hari ini.

            Seluruh cendekiawan, ahli agama, pemikir, ahli falsafah mengakui Nabi Muhammad s.a.w sebagai The Savior of Humanity (penyelamat manusia sejagat). Seorang penulis Barat bernama Michael Hart dalam buku bertajuk “ The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History” telah menempatkan Nabi Muhammad s.a.w di “ranking” pertama. Beliau turut memperakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu-satunya individu dalam sejarah dunia yang amat berjaya dalam dua bidang, iaitu agama dan dunia. Saiyid Sulaiman an-Nadwi dalam buku “Muhammad The Ideal Prophet” menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan model yang paling ideal bagi seluruh manusia.

KEUNGGULAN RASULULLAH S.A.W

            Keunggulan baginda Rasulullah s.a.w tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana manusia di dunia sama ada yang beragama Kristian, Yahudi apatah lagi Islam. Kehadiran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w membawa sinar kebenaran yang menyuluh alam. Ini bertepatan dengan Firmannya dalam surah Al-Ahzab ayat 21 bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”. Baginda bisa mengubah masyarakat yang hina kepada masyarakat yang mulia di sisi Allah. Sewaktu zaman jahiliah umat manusia menyembah berhala-hala seperti al-Lata, al-Uzza, Manat, Wadda Suwaa, Yauq. Selain itu sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup, Suku Bani Tamim merupakan suku pertama melakukan perbuatan yang terkutuk ini, khalifah yang kedua Saidina Umar Al-Khattab juga sewaktu zaman jahiliah melakukan perbuatan terkutuk ini. Martabat wanita juga dihina dan dijadikan hamba abdi. Namun setelah kedatangan sinar Islam, segala-galanya berubah dengan Islam mengangkat darjat wanita, penyembahan berhala dihapuskan dan kepada Allah SWT sahaja Tuhan layak untuk disembah.

            Kemulian sikap Rasulullah s.a.w haruslah dipuji dan diikuti serta di contohi oleh seluruh umat manusia. Sebagai contoh menandakan keunggulan peribadi Baginda “ada seorang wanita yang sangat benci kepada Baginda, bila saja melihat Rasulullah s.a.w lantas wanita itu mengambil penyapu lalu memukul Baginda. Walaupun begitu Rasulullah s.a.w sentiasa memberi salam kepadanya sekalipun salamnya itu tidak pernah dibalas oleh wanita tersebut. Suatu hari Rasulullah s.a.w hairan kerana wanita itu tidak kelihatan, jiran-jiran menyatakan pada Baginda bahawa wanita itu sakit dan tidak kuat untuk bangun. Sebaik sahaja mendengar perkara tersebut Baginda terus masuk ke dalam rumah wanita itu. Tanpa membuang masa Baginda pun tolong mengemaskan rumah, memasak serta menimba air untuk wanita itu. Wanita itu begitu hairan melihat perangai Rasulullah s.a.w yang sudi membantunya meskipun dia sangat benci terhadap Rasulullah. Selepas peristiwa tersebut maka hati wanita itu telah tertawan dengan keperibadian Baginda lantas memeluk Islam”. Peristiwa ini memperlihatkan ketinggian budi Rasulullah s.a.w dalm menakluki hati manusia biar pun dihina dimaki tetapi kesannya amat luar biasa.

            Dalam gurauan sekalipun Baginda tetap dipuji dan diagungkan kerana gurauan Baginda adalah gurauan yang benar. Rasulullah s.a.w juga pernah bergurau dengan seorang nenek tua yang datang dan berkata: “ Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku ke dalam syurga “, maka Baginda berkata kepadanya “ wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki oleh orang yang sudah tua.” Maka wanita tua itu pun menangis kerana ia memahami kata-kata Baginda dari segi zahirnya sahaja. Maka Rasulullah s.a.w memahamkannya, bahawa ketika dia masuk syurga, tidak akan masuk syurga sebagai orang tua tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik. Kisah gurauan ini dinukilkan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardahawi dalam “Al-Islam Wal Fann“.

HIKMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

            Kehadiran Rasulullah tiada tandingan dan tiada ganti. Keperibadian yang unggul telah mencerminkan bahawa Islam yang dibawa juga unggul dan tidak goyah. Menerusi Mulidur Rasul mudah-mudahan umat Islam dapat menyoroti sirah perjuangan baginda. Sirah liku-liku Baginda sehingga dapat kita rasai kemanisan Islam yang kita anuti pada hari ini. Diharapkan umat Islam dapat mengamalkan sunnah Baginda untuk menunjukkan kepada dunia walaupun Rasulullah s.a.w telah wafat tapi jiwa Rasulullah s.a.w sentiasa menjadi keperibadian umatnya. “ Pengistiharaan cuti umum oleh kerajaan Malaysia pada 12 Rabiulawwal memberikan peluang seluruh rakyat negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan memperingati Baginda ”,ini disebut dalam buku “Kejaiban Maulidur Rasul” karangan Mohd Azhar bin Abdullah pensyarah KIAS. Perkara ini dizahirkan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia menyoroti kehidupan Baginda. Ayuhla rakyat Malaysia mari kita menyambut sambutan Maulidur Rasul pada 20 mac 2008 bertepatan 12 Rabiulawaal 1429. Sambutan perlulah secara sederhana yang penting banyakkan selawat serta memperingati perjuangan Baginda. Diharapkan juga setiap rakyat Malaysia mampu untuk mengambil ikhtibar supaya kehidupan kita bias menjadi berkat dengan keberkatan mengamalkan sunnah Baginda.

ZULZAIDI BIN MAHMOD

(PRESIDEN)

JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN

DI ALAMAT :

C-03-19, PPR HILIRAN AMPANG,

55100 KUALA LUMPUR .

860904-56-6593

Email: matnyum@yahoo.com

HP : 012-5002954/016-2201456

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: