WARKAH UNTUK WAKIL RAKYAT YANG DISAYANGI

 

Proses pilihanraya yang diadakan pada 8 mac 2008 bagi menandakan bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi sudah berakhir. Nama-nama calon yang menang sudah diumumkun menunjukkan bahawa calon itu menjadi “favourite” rakyat untuk diangkat sebagai wakil mereka yang dinamakan sebagai wakil rakyat. Calon-calon yang mewakili suara rakyat sama ada dari peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri haruslah mengetahui tugas masing-masing yang telah diamanahkan kepada mereka. Jika sewaktu pilihanraya calon-calon ini mewakili parti yang berbeza-beza samaada dari Barisan Nasional seperti UMNO, GERAKAN, MIC dan MCA atau dari barisan pembangkang seperti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Tetapi selepas menubuhkan kerajaan samaada kerajaan pusat atau kerajaan negeri mereka adalah di bawah satu kerajaan, dan sewajarnya tidak ada lagi sentimen kepartian sewaktu mereka bekerjasama dalam memacu negeri atau negara.

            Selepas calon yang menang menduduki kerusi wakil rakyat, rakyat mengharapkan sangat bahawa wakil rakyat ini tidak lupa apa yang telah dijanjikan untuk rakyat di dalam manifesto dan janji masing-masing. Wakil rakyat diharapkan mempunyai ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w dan para khalifah. Ini kerana dengan mengikuti tauladan dari kepimpinan mereka maka sebuah negara lebih terancang dan aman makmur tanpa ada ketidaktenteraman.

            Rakyat juga mengharapkan kepada calon yang kalah agar tidak kecewa, kerana memang adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah, menurut Datuk Seri Shahrizat Jalil menang kalah adalah asam garam pilihanraya dan yang penting adalah amanah dan tanggungjawab, beliau berkata demikian selepas pengemuman kemenangan Saudari Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai. Kepada calon yang kalah haruslah mempunyai sikap terbuka untuk menerima kekalahan, tetapi istilah “kalah” bukan bererti tidak perlu untuk melibatkan diri dalam politik lagi atau putus asa, seharusnya menolong wakil rakyat yang menang jika terdapat lompong-lompong. Tujuan asal bertanding dalam pilihanraya bagi calon-calon adalah sama iaitu mewakili suara rakyat, jadi kepada yang kalah harus terus membantu wakil rakyat agar demokrasi berjalan dengan lancar.

TURUN BERTEMU RAKYAT

            Wakil Rakyat yang dipilih seharusnya dan sewajibnya turun untuk bertemu rakyat. Bertemu rakyat disini bukan hanya sewaktu acara formal seperti majlis-majlis rasmi bersama rakyat, tetapi pertemuan yang kerap dengan rakyat pada bila-bila masa walaupun tiada temu janji. Turun kelapangan dengan cara ini lebih mengeratkan lagi hubungan pemimpin dengan rakyat yang dipimpin, selain itu wakil rakyat boleh menggali masalah rakyat untuk diatasi atas suara kepimpinan yang telah diberikan mandat kepada mereka. Jika sewaktu berkempen calon-calon wakil rakyat sanggup berpanas berhujan untuk bertemu rakyat meraih undi, perkara ini seharusnya tidak terhenti selepas pengemuman kemenangan, tetapi ia haruslah berterusan. Kisah Khalifah Umar Al-Khattab boleh diambil ikhtibar kepada pemimpin wakil rakyat agar sentiasa turun padang .

BERTANGGUNGJAWAB DAN PENUHI JANJI

            Setiap wakil rakyat mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab. Sikap ini perlulah disemai dengan jitu agar ia lebih dirasai oleh pemimpin dan golongan dipimpin, menurut Datuk Seri Hishamuddin Hussein tanggungjawab mestilah dipukul dengan amanah bersama. Tanggungjawab yang dipikul oleh wakil rakyat bukan boleh ditimbang kilogram, diukur kilometer tetapi diukur sejauhmana tanggungjawab itu dapat dilaksanakan. Tanggungjawab wakil rakyat adalah mewakili suara rakyat ke peringkat Dewan undangan Negeri atau Parlimen selain menggubal atau membuat undang-undang bagi negeri dan persekutuan selain mentadbir. Tanggungjawab yang terpenting adalah menolong rakyat yang dalam kesusahan sama ada masalah sosial dan masalah ekonomi seperti kemiskinan.

            Sewaktu kempen yang berlangsung 13 hari pada pilihanraya umum ke 12, rata-rata calon telah mengemukan manifesto masing untuk menyuarakan suara rakyat. Jika manifesto ini hanya dijadikan gula-gula untuk meraih undi tanpa dibawa ke peringkat atasan ia adalah tidak bermakna sama sekali, lebih baik manifesto itu dijadikan monumen sejarah calon pilihanraya . Wakil rakyat wajib untuk memenuhi kandungan manifesto yang telah dibuat semampu mungkin agar tidak menjadi wakil rakyat yang tidak jujur. Tidak jujur disini bermaksud janji yang telah disebut dan dikata sewaktu berkempen tidak dibuat dan dilaksanakan selepas memegang tampuk pimpinan wakil rakyat. Sikap hipokrit ini harus dibuang jauh-jauh agar tiada saki baki dalam diri wakil rakyat.

            Menurut perspektif Islam pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w: “setiap kamu pemimpin, dan bertanggungjawb atas pimpinan kamu,…” (muttafaqun A’laih). Tidak terhenti sekadar itu dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w menyatakan : “7 golongan yang mendapat payungan Allah dihari yang tiada payungan melainkan Payungan Allah s.w.t sahaja, pertama adalah pemimpin yang adil…” (muttafaqun A’laih) pemimpin yang adil haruslah meletakkan keadilan sebagai wadah kepimpinan agar kepimpinan lebih mantap dan mapan.

BAIK BUDI PEKERTI

            Setiap wakil rakyat haruslah mempunyai sifat-sifat mahmudah iaitu sifat yang terpuji. Setiap agama di dunia ini menganjurkan umatnya supaya mempunyai budi pekerti yang mulia. Jadi setiap wakil rakyat wajib untuk mempamerkan sikap yang terpuji agar rakyat menyenangi dan sayangkan wakil rakyat. Wakil rakyat haruslah sentiasa bertanya perkembangan rakyat dari semasa ke semasa dengan senyuman dan tutur kata yang sopan.

            Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) telah menghabiskan ribuan ringgit bahkan jutaan ringgit semata-mata untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya budi bahasa dengan mengeluarkan propaganda positif “budi bahasa budaya kita”. Jika seseorang yang panas baran, apabila wakil rakyat datang dengan senyuman dan kesopanan maka baran rakyat boleh cair dan dapat dilupakan. Sikap sebegini bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Perkara ini menjadi contoh kepimpinan tauladan iaitu kepimpinan Rasulullah s.a.w.

            Sebagai contoh ada seorang wanita yang sangat benci kepada Baginda, bila saja melihat Rasulullah s.a.w lantas wanita itu mengambil penyapu lalu memukul baginda. Walaupun begitu Rasulullah s.a.w sentiasa memberi salam kepadanya sekalipun salamnya itu tidak pernah dibalas oleh wanita tersebut. Suatu hari Rasulullah s.a.w hairan kerana wanita itu tidak kelihatan, jiran-jiran menyatakan pada Baginda bahawa wanita itu sakit dan tidak kuat untuk bangun. Sebaik sahaja mendengar perkara tersebut Baginda terus masuk ke dalam rumah wanita itu. Tanpa membuang masa Baginda pun tolong mengemaskan rumah, memasak serta menimba air untuk wanita itu. Wanita itu begitu hairan melihat perangai Rasulullah yang sudi membantunya meskipun dia sangat benci terhadap Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut maka hati wanita itu telah tertawan dengan keperibadian Baginda lantas memeluk Islam. Perkara ini menunjukkan keperibadian yang mulia yang perlu ada pada diri setiap wakil rakyat.

            Wakil rakyat yang dipilih haruslah peka perkembangan rakyat agar kepercayaan rakyat kepada pemimpinnya utuh dah kukuh dan tidak mudah roboh. Wakil rakyat juga haruslah menyemai sikap terbuka dan sentiasa bertoleransi dengan rakyat, agar rakyat bisa meluahkan masalah mereka secara senang tanpa ada sembunyi-sembunyi. Wakil rakyat juga haruslah dapat menyeimbangkan antara keperluan dan kehendak rakyat, dan dapat mengutamakan yang mana perlu.

ZULZAIDI BIN MAHMOD

(PRESIDEN)

JARINGAN NASIONAL BELIA MAPAN

DI ALAMAT :

C-03-19, PPR HILIRAN AMPANG,

55100 KUALA LUMPUR .

860904-56-6593

Email: matnyum@yahoo.com

HP : 012-5002954/016-2201456

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: