JENIS PERWATAN MENDATANGKAN KEMUDARATAN BAGI WANITA

OBSES WANITA MENDAPATKAN PELBAGAI JENIS RAWATAN KECANTIKAN SEHINGGA MENDATANGKAN KEMUDARATAN.Kecantikan signafikan dengan wanita, apabila disebut soal cantik, menawan, mempersona ia merupakan imipan dan harapan yang tidak pernah padam dan luntur dalam diri wanita dan ia akan terus berpanjangan sehingga bila menjadi persoalan. Wanita menyatakan kecantikan merupakan asas kehidupan agar manusia sekeliling bisa melihat keanggunan yang dimiliki mereka, sekaligus menjadikan mereka sebagai “role model” keanggunan dunia.
Wanita juga sanggup menghabiskan dan membelanjakan beratus ringgit malahan ribuan ringgit untuk mendapat rawatan kecantikan. Industri rawatan kecantikan ini di Malaysia bersaing hebat antara satu sama lain agar pelanggan yang mahukan keserian wajah dan keanggunan dapat memilih tempat rawatan kecantikan mereka. Wanita juga mahukan kecantikan yang berpanjangan dan merasakan apa yang ada pada wajah mereka perlu dimantapkan dan dielokkan lagi walaupun hakikatnya sudah cantik lagi berseri.
“Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari” itulah peribahasa yang sesuai digunakan kepada Chey Pik Yock. Chey Pik Yock berumur 25 tahun telah mengalami masalah rawatan dan menjalani rawatan melicinkan kulit wajah dengan iklan yang disiarkan sebuah salun terkemuka. Chey Pik Yock mengalami radang kulit muka serius selepas menjalani rawatan di salun itu di Kota Damansara pada 23 November lalu. Chey menghabiskan RM 1,499 untuk mendapatkan rawatan selama lapan sesi. Chey mula melihat perubahan pada wajahnya yang mula membengkak, dan apabila Chey bertemu pakar perubatan dan hasil laporan yang menunjukkan Chey mengalami alahan terhadap rawatan tersebut.
Amat dikesali pihak salun tidak mahu bertanggungjawab terhadap perkara tersebut. Berita Chey ini mendapat liputan hangat kebanyakan akhbar utama di Malaysia seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro. Isteri Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman,Fatimah Wan Chik koma selepas menjalani rawatan dan pembedahan kecantikan wajah di sebuah klinik swasta di Klang.
Dapat kita perhatikan rawatan kecantikan yang dilakukan bukan semunya mendatangkan kesan yang baik tetapi ada juga mendatangkan kemudaratan. Rawatan kecantikan menggunakan kosmetik yang dikatakan tinggi mutunya, sebenarnya mempunyai dan mengandungi bahan yang menjijikkan seperti kolagen, ekstrak uri dan cecair tetuban.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang dipimpin S.M Idris membuat kajian dan mendapati kandungan yang menjijikkan ini terdapat pada banyak kosmetik. Liposom, kolagen dan elastin yang terkandung di dalam Krim Pencegah Kedut tidak menghapuskan kedutan. Ia hanya membantu melembap dan “menggebukan” kulit untuk menampakkan kulit yang lebih muda. Ia tidak berupaya memperlahan atau membalikkan proses penuaan kulit. Sama seperti memakan tulang tidak dapat menyembuhkan tulang yang patah, menyapu krim pencegah kedut tidak mampu memperbaiki atau membentuk semula kulit kendur.
Mari kita sama-sama singkap kembali penggunaan Janin dalam kosmetik. Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendedahkan amalan syarikat kosmetik yang membeli janin daripada klinik-klinik pengguguran untuk tujuan penyelidikan. Tokoh politik di Eropah mendakwa embrio manusia digunakan untuk tujuan penyelidikan kosmetik. Embrio telah dijadikan perdagangan antarabangsa menurut Horst Haase, Ahli Parlimen Jerman Barat. Bekalan-bekalan janin ini sentiasa tersedia, kes-kes pengguguran janin juga semakin bertambah di kalangan masyarakat di Asia.
Di Singapura sebanyak 19,000 kes pengguguran berlaku dalam tahun 1984. Kandungan jijik yang terdapat dalam kosmetik untuk rawatan muka tidak terhenti pada janin sahaja. Arus kemodenan telah mengorak langkah kepada suntikan kolagen. Kolagen merupakan sejenis bahan berjeli yang dihasilkan daripada tisu penyambung tulang dan rawan binatang, atau daripada janin manusia.Kolagen bukan sahaja digunakan sebagai bahan dalam krim muka tetapi juga disuntik di bawah kulit untuk menghilangkan kedutan. Kajian klinikal telah menunjukkan kolagen dari sumber manusia lebih baik daripada sumber binatang kerana kesannya tahan lebih lama dan penggunanya tidak perlu menjalani ujian alergi.
Amalan ini bagi umat Islam haram kerana suntikan tersebut mengandungi unsur haram. Pada November 1995, lebih 60 wanita British dilaporkan mengalami kerosakan kulit selepas menggunakan krim anti penuaan dimana kebanyakannyamengandungi AHAs. AHAs adalah asid-asid kimia, ini dipetik di dalam buku Kosmetik dan Produk Dandanan Diri Lebih Banyak Bahaya Dan Kesan Sampingan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Kecantikan wanita bukan hanya tertumpu pada wajah tetapi pada rambut juga. Pendandan rambut dan pengguna rawatan terdedah kepada beberapa ancaman kesihatan dan keselamatan ketika berada di salun rambut. Di salun, mereka terdedah kepada semburan dan lakuer dan mungkin akhirnya akan mengalami kegagalan fungsi paru-paru. Aerosol kuhusnya sangat berbahaya kerana mengandungi bahan kimia beracun seperti propellant, peneutral, pemplastik dan bahan-bahan penyalut. Ia juga menyebabkan paru-paru dan kanser.
Sesetengah bahan kimia menimbulkan alahan misalnya para-phenylenediamine, sejenis pewarna hitam. Ia telah diharamkan di Perancis, Jerman dan Sweden tetapi peraturan Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) membenarkan sehingga 6% dalam pewarna rambut. Ciri-ciri toksik dan risiko menyebabkan kanser yang dimiliki oleh banyak bahan ramuan dalam kosmetik dan produk dandanan diri telah lama diketahui. Perkara ini dilihat amat membahayakan kepada pengguna. Perkara ini telah disebut secara “detail” dalam buku Bahan Penybab Kanser Dalam Kosmetik dan Produk Kegunaan Harian
Setelah kita lihat kandungan-kandungan serba sedikit tentang kosmetik dapat kita ketahui kosmetik yang berada di pasaran sekitar kita mempunyai kandungan yang menjijikkan dan juga mengandungi bahan penyebab kanser yang bahaya bukan hanya pada pengguna kosmetik tetapi juga pendandan. Kita tidak menyatakan bahawa semua pusat kecantikan itu tidak bagus dan mendatangkan mudarat tetapi pemerhatian dan perjumpaan dengan pakar kulit juga perlu untuk memastikan adakah sesuai untuk membuat rawatan kecantikan agar tidak terdedah kepada bahaya seperti yang berlaku pada Chey Pik Yock.
Di Malaysia juga pelanggan berhadapan dengan produk palsu yang mengandungi filem, hidrokuinon yang boleh mengakibatkan risiko kulit kemerah-merahan, bertompok-tompok dan mengelupas, malah lebih teruk lagi kanser kulit. Baru-baru ini anggota Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor merampas pelbagai produk kecantikan yang diharamkan. Dalam rawatan kecantikan perlu ada peraturan yang memastikan agar bahan-bahan penyebab kanser tiada dalam kandungan kosmetik. Peranan ini perlu dimainkan oleh agensi-agensi kesihatan, pakar-pakar dalam bidang ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar perkara yang buruk dan tidak diingini daripada berlaku.
Penguatkuasaan terhadap kosmetik yang mengandungi bahan-bahan beracun perlu dimantapkan seperti pengguatkuasaan oleh penguatkuasa Farmasi. Dari sudut undang-undang penguatkuasaan yang di bawah Akta Racun 1952 perlu diperkasakan. Dan Akta Racun ini perlulah diberikan pendedahan kepada pusat rawatan kecantikan agar mereka tidak terlibat dalam memberikan rawatan yang mempunyai unsur racun dan bahan penyebab kanser.Selain itu, mereka juga perlu mendapatkan maklumat terperinci mengenai rawatan kecantikan muka termasuklah mengetahui komplikasi yang bakal ditanggung sekiranya rawatan tersebut tidak berjaya.
Cadangan Pakar Perunding Kanan Pembedahan Maksilofasial Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Zainal Arif Abdul Rahman agar satu badan khas dari Kementerian Kesihatan diwujudkan bagi memantau perkara yang sama daripada berulang pada masa akan datang adalah satu tindakan yang wajar dilaksanakan. Kita tidak mahu perkara yang sama terus berulang lantaran kes yang serupa pernah berlaku kepada isteri Ahli Parlimen Labuan, Fatimah Wan Chik yang dilaporkan koma selepas menjalani rawatan dan pembedahan kecantikan wajah di sebuah klinik swasta.(ZULZAIDI BIN MAHMOD)
TAHUN KEDUA
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI PENGAJUAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA

Email: matnyum@yahoo.com
HP : 012-5002954/016-2201456

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: