MASA DEPAN PELAJAR GENIUS

Ditulis oleh Zulzaidi bin Mahmod

MASA DEPAN PELAJAR GENIUS

Melahirkan seorang anak yang pintar dan cerdik adalah harapan setiap ibu bapa di atas dunia sejak zaman primitif hingga ke era globalisasi. Apatah lagi melahirkan seorang anak yang genius yang mampu mengetahui banyak perkara walaupun tidak belajar dan tidak perlu bersusah payah untuk belajar sememangnya impian ibu bapa. Ibu bapa dewasa ini sanggup menghabiskan ratusan malahan ribuan wang ringgit untuk memastikan anak mereka pintar dan mendapat pendidikan yang sewajarnya. Di dalam buku “Seorang Ibu Bukan Sebarang Ibu” membawa kita menyoroti bahawa wang ringgit amat penting dalam pendidikan anak-anak untuk cemerlang. Tetapi yang istimewanya bagi anak genius wang ringgit bukan ukuran yang penting pengetahuan yang melebihi dari kebiasaan teman-teman sebaya malah melampaui kebiasaan akal fikiran.

Pakar kanak-kanak terkemuka dunia, Dr Thomas Armstrong, berkata kepandaian bukan sesuatu yang perlu ditakuti tapi mesti sentiasa diasah, dijaga serta memerlukan pemantauan berterusan. Menurutnya, bukan semua bertuah dikurniakan kebijaksanaan tahap genius atau mempunyai tahap kecerdikan (IQ) tinggi, hanya yang terpilih saja mempunyai keistimewaan ini. Mereka bertuah namun jika tidak digunakan dengan betul, boleh menyebabkan kehidupan bertukar sengsara.

Mereka yang dikategorikan bijak dikatakan memiliki IQ pada tahap 175 ke atas, sentiasa kreatif dan mampu berfikir lebih daripada kemampuan manusia biasa. Antara mereka yang terkenal kerana mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian luar biasa ialah pelukis Picaso, komposer Mozart dan saintis Albert Enstein, dan juara catur dunia, Bobby Fischer.

Di Malaysia juga tidak kurangnya yang mana kita mempunyai anak genius kita sendiri seperti Adi Putra Abdul Ghani pelajar termuda UNISEL, Chan Yao Ban iaitu pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun dan Chiang Ti Ming menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech).

Namun menjadi persoalan kepada kita adakah anak genius ini mampu untuk menjadi penyumbang kepada Negara dengan kepintaran yang mereka ada. Kita sedia maklum bahawa pelajar genius ini menjadi “role model” kepada anak-anak yang juga rakyat Malaysia khasnya untuk mempunyai ilmu seperti mereka.

Tetapi “role model” ini hanya mimpi disiang hari selepas Negara kita digemparkan dengan isu Sufiah Yusof yang menjual tubuh. Sufiah membuat pengakuan berani sebagai “wanita penuh berahi” yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).

Selain kes Sufiah, dahulu kita digemparkan dengan kes Chiang Ti Ming yang telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL.

Selaku rakyat Malaysia kita masih ragu-ragu adakah genius anugerah Ilahi ini hanya dijadikan populariti atau digunakan sebaik mungkin. Mari kita singkap apakah punca yang menjadikan mereka sanggup melakukan perkara yang melanggari batasan manusia. Daripada kes Sufiah, yang mana beliau mengakui trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof. Selain itu Pensyarah Kanan Jabatan Asas Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Rosadah Abd Majid, menyifatkan kejadian yang menimpa Sufiah ada kaitan dengan perkembangan dirinya yang tidak seimbang. Menurut Perunding Psikiatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Osman Che Bakar pula berkata ada kemungkinan Sufiah berhadapan dengan masalah psikiatri mania yang boleh menyebabkan nafsu seksnya meningkat terlalu tinggi hingga mendorongnya terbabit dalam aktiviti pelacuran. Jika di dalam kes Chiang Ti Ming kita lihat bahawa tekanan perasaan juga manjadi punca berlakunya perkara diluar jangkaan dan batasan sehingga menyebabkan kematian.

Menurut Dr Rosadah bagi menangani kecelaruan emosi itu, anak genius memerlukan seseorang untuk bergantung dan menyokong kehidupannya. Penyokong disini adalah dari keluarga dan sahabat yang terdekat yang mampu untuk menunjukkan kembali jalan kebenaran kepada anak genius agar tidak terlibat dengan kerja-kerja terkutuk.

Selain itu peranan ibu bapa penting dalam memberi bimbingan serta sokongan dan dorongan supaya keperluan anak dalam pelbagai aspek dapat dipenuhi dengan baik dan seimbang. Ibu bapa perlulah menjadi rakan dan teman kepada anak-anak genius agar mereka merasakan keakraban untuk menceritakan segala masalah mereka kepada ibu bapa.

Menurut Mohd Rahimi bin P.Ramlee dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya menyatakan sebenarnya bagi Umat Islam penyelesaian bagi semua masalah adalah perlu untuk kita kembali berpaksi kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan. Selain itu konsep Ihsan iaitu “ Allah melihat apa yang kita lakukan” menjadi cara kita menjalani kehidupan seharian agar kita tidak terjerumus kepada perbuatan yang ditegah agama. Beliau berkata lagi bagi genius yang bermasalah perlulah rawatan psikologi agama, agar agama tetap dipegang dan dipertahankan. Bagi genius yang tidak terlibat dengan perkara-perkara ini, pemantauan perlulah diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, keluarga, kerajaan dan sebagainya.

 

(ZULZAIDI BIN MAHMOD)

TAHUN KEDUA

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

 

860904-56-6593

Email: matnyum@yahoo.com

HP : 012-5002954/016-2201456

Satu Tanggapan

  1. Assalamualaikum wrt

    Saya termasukdalam blog ini dan membaca tulisan saudara. Terimakasih kerana menyampaikan pandangan saya dalam tulisan saudara. Anak adalah anugerah Allah, potensi mereka menjadi satu amanah untuk kita bangunkan seoptimum mungkin demi ummah dan Islam kerana Allah. SEmoga Allah merahmati kita dengan keikhlasan, hidayah serta kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin … ameen.

    Rosadah Abd Majid

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: