Selamat Hari Guru Dari Mahasiswa

JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA,
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA YANG MULIA
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS-BACA

 

(dipetik dari sajak guru oh guru karya Allahyarham Usman Awang)

 

            Demikianlah sajak yang selalu dideklamasikan setiap kali menjelangnya hari guru. Guru-guru merasakan seperti Raja dan Permaisuri pada hari guru ini yang mana murid dan pelajar mereka akan menghiburkan mereka dengan bermacam-macam program dan aktiviti seperti Anugerah Guru Misali, Cemerlang, Dedikasi dan sebagainya. Ada juga yang membuat persembahan nyanyian, deklamasi sajak hatta ada juga yang berdikir barat, dan pastinya satu bait yang wajib dilafazkan iaitu “umpama lilin membakar diri” yang mana maksudnya sudi untuk memberi ilmu walau penat dan lelah .

            Kita sedia maklum bahawa nilai seorang guru jika dibandingkan dengn ribuan gunung emas pasti tidak boleh menandinginya. Ramai yang hanya menganggap kerja sebagai seorang guru ini hanyalah sebagai kerja yang rendah tarafnya dari menjadi seorang peguam, arkitek dan doktor. Tetapi harus diingat dari sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang menunjukkan semua yang lahir di dunia dengan segala macam profesion adalah hasil didikan seorang guru.

            Kita singkap sedikit sejarah hari guru yang mana hari guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai hari guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi dasar pelajaran kebangsaan semenjak itu.

            Tertarik dengan perutusan oleh Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia yang mana menyatakan agenda kementerian bukan hanya menghasilkan guru yang berkualiti tetapi lebih dari itu. Selain itu untuk mengembalikan penghormatan terhadap profesion keguruan iaitu isu disiplin pelajar akan ditangani. Mahasiswa memandang beberapa rancangan lain untuk meningkatkan profesion keguruan haruslah dipuji, dan mahasiswa sendiri sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada pihak kementerian serta guru-guru agar profesion ini dipandang tinggi dan dihormati masyarakat.

            Perutusan dari Yang Berbahagia Dato’ Dr. Hj. Ahmad Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang mana menyatakan tentang perlunya penekanan  kepentingan jalinan semangat kerjasama dan pemuafakatan antara sekolah, rumah dan komuniti. Mahasiswa menyambut baik penekanan tersebut kerana memandang bahawa guru kini kurang dihormati oleh masyarakat berbanding 20 tahun lepas yang mana setiap kerja buat murid dan pelajar, guru berhak untuk mengambil tindakan agar kelak  murid dan pelajar itu menjadi insan yang berguna.

            Dalan novel “MEMOIR SEORANG GURU” karya Azizi Abdullah jelas menunjukkan bahawa seorang guru itu tidak mementingkan karier pelajarnya, yang mereka mahukan hanyalah pelajarnya kelak menjadi insan yang menyumbang bakti dengan segala macam profesion. Dalam novel tersebut juga menunjukkan seorang guru harus bersabar dengan berbagai kerenah pelajar kerana suatu hari nanti pelajar itu akan tahu betapa berharganya seorang guru.

            Selaku mahasiswa di IPT, kami mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sedia berkhidmat sehingga mahasiswa dapat masuk ke menara gading seperti yang diidam-idamkan. Ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada guru-guru kerana merekalah kami dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Istilah guru ini haruslah jangan disempitkan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah sahaja tetapi setiap insan yang pernah mengajar kita satu perkara atau satu huruf termasuklah pensyarah. Guru yang sejati adalah ibu yang mengandung dan melahirkan kita, serta mendidik dan membesarkan kita dengan sabar. Selain ibu adalah didikan kesabaran dan ketekunan Rasulullah sehingga kita dapat kecapi nikmat Islam ini dengan sempurna kerana Baginda guru untuk semua.  Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di mana jua anda berada dari mahasiswa. Jika hanya tinggal batu nisanmu wahai guru ucapan fatihah kami kirimkan. AL-FATIHAH.

 

ZULZAIDI BIN MAHMOD

EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL,

PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,

UNIVERSITI MALAYA.

 

860904566593

matnyum@yahoo.com

0125002954/0162201456

Satu Tanggapan

  1. Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!
    http://www.infogue.com/
    http://pendidikan.infogue.com/selamat_hari_guru_dari_mahasiswa

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: