ISU HUTANG PELAJAR DENGAN BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA vs HUTANG BENDAHARI UNIVERSITI MALAYA DENGAN PELAJAR

 

            Tindakan pihak bendahari Universiti Malaya yang membuat keputusan mengejut berkenaan isu hutang pelajar menimbulkan sedikit kekecewaan di kalangan pelajar UM. Pelajar-pelajar yang mempunyai hutang melebihi RM500 dikehendaki menjelaskan hutang tersebut dalam tempoh yang sangat singkat.

 

Pada akhir semester lepas, notis dikeluarkan sebagai pemberitahuan, bahawa pelajar yang mempunyai baki hutang melebihi RM500 tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester yang akan datang. Pelajar yang sudah sememangnya pening memikirkan pelajaran dan peperiksaan mereka yang menjelang, dipaksa untuk memikirkan satu lagi masalah berkenaan hal-ehwal kewangan mereka. Sebaliknya bendahari hanya memberikan tempoh masa pendek bagi pelajar menjelaskan hutang tersebut tanpa menghiraukan keadaan pelajar yang terburu-buru untuk mencari pendapatan menjelaskan hutang tersebut.

 

Walaubagaimanapun, setelah mendengar pelbagai rungutan pelajar dan ibu bapa, keputusan tersebut ditarik semula dan tempoh pembayaran tersebut dipanjangkan sehingga penghujung bulan Mac semester ini (bulan lepas). Jika pelajar tidak dapat menjelaskan hutang tersebut, mereka akan dihalang untuk menduduki peperiksaan. Sejauhmanakah keperihatinan pihak bendahari UM yang terlalu mendesak pelajar dan menuntut hutang tersebut dijelaskan secepat mungkin, dan apakah kepentingan hutang yang dibayar segera.

 

Pihak Hal Ehwal Pelajar UM pula memberitahu bahawa kes hutang ini akan diselesaikan “on case by case basis” di mana pelajar yang terlibat hendaklah berurusan terus dengan pihak Bendahari Universiti Malaya. Bagi yang mampu untuk melangsaikan hutang mereka diminta untuk terus berbuat demikian, dan bagi yang sukar, diminta untuk berbincang dengan pejabat Bendahari dan membuat surat rayuan untuk menangguhkan pembayaran. Namun kebanyakan rayuan yang dikemukakan ditolak atas dasar alasan yang diberikan tidak sewajarnya berlaku.

 

Selain wujudnya hutang pelajar kepada bendahari, wujud juga hutang bendahari kepada pelajar tetapi perkara ini kurang dihebahkan. Wang pelajar yang tinggal di luar kampus telah dipotong oleh bendahari universiti sedangkan mereka tidak lagi tinggal di kolej kediaman. Mereka lebih memerlukan wang bagi membayar penginapan di rumah sewa dan menampung kos makanan tetapi pihak bendahari memandang perkara ini tidak serius.

 

Persoalannya, mana lebih penting antara wang pelajar yang menuntut ilmu dengan wang pihak universiti yang semakin banyak. Mengapa hutang pelajar dengan universiti walaupun 1 sen sekalipun dipertikaikan sedangkan pelajar adalah golongan yang perlu diberi bantuan kerana mereka golongan yang menuntut ilmu. Dalam Islam sendiri salah satu golongan yang layak menerima zakat adalah mereka yang menuntut ilmu. Ini bertentangan dengan kehendak universiti yang tergesa-gesa meminta wang daripada pelajar.

 

Kebanyakan pelajar yang berhutang adalah dari kalangan mereka yang tidak mendapat tajaan biasiswa dan memperolehi pinjaman kadar rendah daripada PTPTN. Sudahlah mendapat pinjaman, kemudian didesak untuk menjelaskan hutang yang banyak.

 

Jika dinilai, adakah logik pelajar-pelajar tidak menjelaskan hutang tersebut sehingga akhir pengajian di universiti sedangkan pihak universiti akan menghalang pelajar mempunyai hutang untuk menjadi graduan nanti. Sudah tentu pelajar-pelajar akan menjelaskan hutang tersebut untuk diiktiraf sebagai graduan seterusnya meneruskan kerjaya masing-masing.

 

Selain itu, berdasarkan kajian yang dibuat dalam Metodologi Penyelidikan yang bertajuk “Mahasiswa Bekerja Sambilan : Satu Kajian Di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya”, 42% memberi pandangan bahawa punca pelajar bekerja sambilan adalah bagi menampung hutang universiti yang terlalu tinggi.

 

Saya berpandangan bahawa unversiti sepatutnya lebih memberi kebajikan dalam isu pelajar. Pelajar-pelajar tertakluk kepada undang-undang dan dikehendaki mengikuti segala peraturan-peraturan universiti, tetapi pihak universiti khususnya bendahari tidak sepatutnya menggunakan kuasa tersebut untuk mendesak pelajar. Isu ini akan memberikan tekanan kepada pelajar. Pelajar yang tergesa-gesa mencari jalan menjelaskan hutang tersebut memilih untuk bekerja sambilan. Walaupun keadaan tersebut agak positif, tetapi ia menimbulkan reaksi negatif terhadap ibu bapa pelajar.

 

Oleh : Mahasiswa terkilan

 

3 Tanggapan

  1. sPROGRAM EKSPRES
    Rahsia Membebaskan Masalah Kewangan Anda
    ________________________________________
    Assalamualaikum wmt wbt dan salam sejahtera
    “Sumbang wang hanya sekali, dapat wang berkali-kali”
    Salam perkenalan saya ucapkan kepada anda, mudah-mudahan anda dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah naungan Allah s.w.t. TAHNIAH! kerana anda adalah antara yang terpilih untuk mengetahui satu program yang mungkin tidak pernah terfikir sebelum ini.
    Adakah anda di antara salah seorang yang sedang menghadapi masalah kewangan dan bebanan hutang; hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit dsb yang sentiasa membelenggu hidup anda…?Jika ya, saya percaya tentu anda ingin membebaskan diri anda dari semua masalah tersebut dan alangkah bahagianya jika hidup kita tanpa masalah kewangan dan hutang…Lebih-lebih lagi jika ada insan lain sudi memberi wang kepada kita dengan ikhlas bagi meringankan beban kewangan kita.
    Atas kesedaran ingin membebaskan orang ramai khususnya orang-orang Melayu daripada masalah kewangan dan hutang dan juga masalah kemiskinan, maka satu program khas telah diperkenalkan yang dikenali PROGRAM EKSPRES. Program ini dikendalikan oleh syarikat bumiputera berdaftar iaitu KRISTAL KARISMA ENTERPRISE. Ianya BUKAN skim cepat kaya atau MLM atau skim piramid atau pelaburan tetapi program berasaskan sumbangan ikhlas yang berkonsepkan ‘taawun’ iaitu membantu sesama insan. Program ini tidak melanggar Syariat Islam dan tidak menyalahi undang-undang kerana tiada unsur penipuan dan paksaan.
    Sama ada anda percaya atau tidak, sesungguhnya mereka yang telah mengetahui rahsia program ini dan menyertai program ini telah berjaya membebaskan diri dari masalah kewangan mereka dan membantu rakan-rakan yang lain yang mempunyai masalah yang sama.
    Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang telah berjaya menerusi program ini…teruskan membaca maklumat program ini dan fahami sebelum membuat keputusan….kejujuran dan keikhlasan adalah prinsip utama Program Ekspres.
    Kosep Program Ekspres
    Program Ekspres direkakhas untuk membolehkan orang menghantar wang kepada anda. Dengan menyertai program ini, bermakna anda telah melakukan usaha yang membolehkan anda menerima sumbangan daripada peserta-peserta baru yang mendaftar di bawah rangkaian anda. Peserta-peserta baru memberi sumbangan kepada anda untuk membolehkan mereka menyertai program ini sepertimana yang telah anda lakukan.

    Asas Program Ekspres
    Program ini dibuat berasaskan sumbangan ikhlas di mana sumbangan yang sedikit sahaja akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Di samping itu, program ini juga menekankan konsep bantu membantu sesama peserta agar peserta-peserta bersama-sama menikmati hasil usaha mereka.

    Siapakah Yang Perlu Menyertai Program Ekspres
    Sesiapa sahaja boleh menyertai program ini asalkan berumur 12 tahun ke atas, mempunyai K/P atau pasport, dan:
    •Mereka yang ingin menyelesaikan hutang-hutang, pinjaman dan sebagainya
    •Mereka yang gagal dalam perniagaan konvensional, MLM, pelaburan skim internet
    •Mereka yang kesempitan wang
    •Mereka yang berfikiran bijak, bersikap postif merebut peluang walaupun kehidupannya senang
    •Mereka yang ingin bebas daripada kemiskinan
    Kelebihan Program Ekspres
    •Tiada penjualan, pembelian atau pengetahuan tentang produk
    •Tiada risiko – tiada penipuan, tiada kerugian, penghantaran secara wang pos dan dijamin selamat
    •Tidak perlu maintain atau automaintain
    •Tidak perlu tahu tentang PV, BV dsb
    •Tiada pemberian pangkat/jawatan
    •Tidak perlu modal besar
    •Boleh dilakukan secara online atau offline
    •Berkonsepkan amal jariah – saling bantu membantu

    Sila Hubungi : Liza – 017 2886156
    : Basrakh – 017 6355103

  2. wessssssssss

  3. Nak release duit biasiswa kami pun lambat, ada hati nk suruh org byr cepat2. duit biasiswa dah berkurun dlm akaun bendahari tapi release letter tak buat2 lagi! bekerja la dgn efficient dulu wahai bendahari UM, baru bole suruh student efficient juga. Kepimpinan melalui teladan, tak gitu?

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: