PULAU BATU PUTEH

EKORAN KEDAULATAN PULAU BATU PUTIH DISERAHKAN KEPADA SINGAPURA OLEH MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ) DI THE HAGUE, BELANDA. AHLI PARLIMEN PONTIAN, AHMAD MASLAN MEMINTA KERAJAAN MEBANGUNKAN PULAU PISANG YANG TERLETAK DI PERAIRAN JOHOR BAGI MENJAMIN KEDAULATAN MALAYSIA KE ATAS PULAU ITU BERKEKALAN.

            Penantian Malaysia selama ini mengenai pertikaian status Pulau Batu Putih sudah terjawab pada 23 Mei 2008. Siaran langsung keputusan pada jam 4 petang di the Hague, Belanda yang dipaparkan ditelevisyen menunjukkan betapa keprihatianan rakyat Malaysia yang menantikan keputusan pertikaian itu diumumkan. Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura dan Middle Rocks milik Malaysia, sebagai satu kemenangan bersama. Ada juga pihak yang mempertikaikan keputusan dari sudut emosi yang menyatakan Malaysia kalah dan Singapura menang dalam kes ini. Pertikaian ini berlaku dalam RTM 1 jam 9.30 malam apabila kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Malaysia dan Singapura menang adalah tidak wajar. Pertikaian ini dijawab mudah oleh Datu Seri Dr. Rais Yatim dengan cara yang berhemah.

            Pertikaian tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya. Tuntutan Singapura ke atas Middle Rocks dan South Ledge pula hanya timbul pada 6 Februari 1993 ketika berlangsungnya perbincangan dua hala di antara kedua-dua negara berhubung pertikaian Pulau Batu Putih.

            Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak. Pemangku Presiden ICJ, hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.

            Delegasi Malaysia ke ICJ pada hari keputusan diketuai oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, ejen Malaysia dan duta tugas-tugas khas, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa, dan timbalan Setiausaha (pembangunan) Kerajaan Negeri Johor. Barisan peguam antarabangsa yang mewakili Malaysia pula terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht, James Crawford, Nicolaas Jan Schrijver, Marcelo G. Kohen, dan Penelope Nevill. Walaubagaimanapun Lauterpacht tidak hadir pada hari keputusan.

            Keputusan itu juga mengakhiri penantian nelayan-nelayan yang dilarang selama 22 tahun daripada mendekati perairan Middle Rocks. Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge sejak tahun 1986 tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada Pulau Batu Putih semata-mata. Sejak 1986 Singapura telah menghantar kapal tentera lautnya ke pulau tersebut dan menjalankan rondaan tetap 24 jam di perairan ketiga-tiga bentuk maritim tersebut.

            Sementara itu, Pensyarah Institut Tamadun Dan Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Nik Annuar Nik Mahmud yang bertindak sebagai salah seorang penyelidik bagi kes tuntutan bertindih itu berkata, keputusan ICJ itu mesti dilihat dari sudut yang amat luas dan tidak mengehadkan kepada kehilangan Pulau Batu Putih semata-mata. Beliau menyatakan lagi bahawa keputusan majoriti 15-1 bagi Middle Rocks amat jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas bentuk maritim itu selain ICJ sendiri mengesahkan hak milik asal Pulau Batu Putih adalah di bawah Kesultanan Johor, cuma kecuaian negara ialah tidak peduli apa yang dilakukan oleh british kemudiannya Singapura ke atas pulau tersebut.

            Prof. Madya Dr. Nasrudin Mohammed, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UITM), berkata, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dalam isu persempadanan maritim. Malah, tuntutan-tuntutan bertindih ke atas kedaulatan pulau yang sebelum ini dirasakan milik Malaysia juga adalah satu prosedur yang baru dan asing buat negara.

            Lt. Jeneral (B), Datuk Seri Zaini Mohd Said berkata perlu Malaysia menetapkan persempadanan maritim negara, selain perlu persempadanan perlu berlandaskan kepada persetujuan Undang-Undang Maritim Antarabangsa. Pensepadanan ini juga bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

            Cadangan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan untuk menjadikan pulau pisang sebagai Taman Negara supaya menjadi destinasi pelancongan terkemuka di Selatan Semenanjung haruslah dipuji. Cadangan tersebut seharusnya diteliti oleh kerajaan sedalam-dalamnya. Kerajaan perlu membangunkan pulau itu bagi kepentingan negara dan mengambil alih pengurusan rumah api di pulau tersebut daripada Singapura.

            Abdullah Ahmad, 63 tahun, salah seorang waris kepada pemilik sebahagian tanah di pulau itu berkata, pulau itu berpotensi menjana pendapatan lumayan kepada Kerajaan Negeri dan penduduk tempatan menerusi kedatangan pelancong jika dimajukan dengan program pelancongan. Selain itu, lokasi di pulau itu menarik bagi pemancing dan penggemar aktiviti laut, pulau itu juga mempunyai keunikan seperti mempunyai sebatang pokok mempelam sebesar tujuh pemeluk manusia, kebun buah-buahan tinggalan orang bugis dan hidupan liar yang jarang ditemui. Mengulas sejarah pulau tersebut, ia pernah didiami kira-kira 100 keluarga orang laut sebelum pembinaan rumah api pada 1900. Mereka kemudian berpindah ke tanah besar apabila diminta oleh Inggeris yang mahu membina rumah api dan kemudiannya ia diuruskan oleh Singapura.

            Kerajaan negeri seharusnya mengkaji tentang cadangan ini sedalam-dalamnya. Cadangan yang diutarakan untuk menjadikan Pulau Pisang sebagai Taman Negara juga merupakan idea yang bernas kerana ia akan mengekalkan identiti asal pulau tersebut. Dilihat dari Potensi pelancongan juga mungkin agak memberangsangkan.

            Kita selaku rakyat Malaysia seharusnya memainkan peranan bersama memberi idea dan sokongan kepada Kejaan Negeri Johor untuk terus mengorak langkah dalam perkembangan ekonomi negara selagi tidak mengganggu hak masyarakat Malaysia .

 

ZULZAIDI BIN MAHMOD

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG,

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,

UNIVERSITI MALAYSIA

 

Dialamatkan:

C-03-19,PPR HILIRAN AMPANG,

55100 KUALA LUMPUR

860904-56-6593

0125002954/0162201456

matnyum@yahoo.com

Satu Tanggapan

  1. Nice Blog
    Please visit me back

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: