TOPI KELEDAR : KECUAIAN MEMBAWA PADAH

Statistik dari bulan Januari sehingga Mac 2008 menunjukkan bahawa kemalangan yang membabitkan motosikal berada pada tahap yang tinggi iaitu 27590 kes. Selaku masyarakat yang punya pemikiran yang biasa pastinya menyatakan kemalangan motosikal adalah daripada kalangan Mat Rempit kerana mereka sahaja yang mahu menunjuk jaguh di atas jalanraya. Pemikiran sebegini harus diperbetulkan kerana masalah kemalangan yang membabitkan motosikal bukan hanya melibatkan Mat Rempit tetapi melibatkan pengguna motosikal di jalan raya. Persoalan yang ingin ditimbulkan bukanlah jumlah kemalangan, tetapi kesedaran pengguna terhadap kemalangan yang membabitkan penggunaan topi keledar secara cuai.

Jika kita melihat kawasan di pedalaman yang kurang keprihatinan pihak berkuasa terhadap penguatkuasaan penggunaan topi keledar, ternyata cukup ketara dan kritikal. Penunggang dan pembonceng di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman ini kelihatan biasa tidak memakai topi keledar berbanding yang memakainya. Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menyatakan bahawa pemakaian topi keledar berada pada tahap yang kurang memuaskan. Atas desakan keadaan dan keprihatinan pihak bertanggungjawab sebanyak 2,000 topi keledar tajaan AAM diagihkan di sekitar DUN Johol, Negeri Sembilan. Kita selaku pengguna pasti memikirkan adakah dengan pengagihan topi keledar itu mampu mengatasi masalah kemalangan yang membabitkan motosikal.

68% daripada 3,963 penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya yang berpunca akibat kecederaan kepala. Masyarakat seharusnya sedar betapa pentingnya pemakaian topi keledar ketika menunggang dan membonceng motosikal. Universiti Islam Antarabangsa UIA merupakan universiti yang termasyhur di Malaysia telah membenarkan pelajarnya tidak memakai topi keledar di dalam kawasan kampus. Perkara sebegini seharusnya diperbaiki agar kredibiliti pihak universiti berada pada tahap yang tinggi. Universiti yang sepatutnya tempat mendidik dijadikan tempat mengherdik masyarakat luar kerana penguatkuasaan penggunaan topi keledar berada pada tahap yang lemah.

Kita bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi kita mahukan satu mekanisma kesedaran yang mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan topi keledar ini. Kaedah pemakaian topi keledar dengan cara yang betul juga dikesampingkan oleh masyarakat. Jika kita berada di jalan raya pastinya kita terlihat penunggang atau pembonceng memakai topi keledar tetapi pengikatnya tidak diikat atau pun diikat tetapi tidak kemas. Menyingkap iklan kesedaran pemakaian topi keledar di TV beberapa tahun yang lalu, pastinya kita teringat bagaimana perbezaan pemakaian topi keledar dengan cara yang betul dan satu lagi dengan cara yang tidak betul iaitu topi keledar yang tidak diikat. Gambaran yang dijelaskan menunjukkan bahawa kemalangan yang terjadi lebih dasyat lagi kepada yang memakai topi keledar tetapi tidak diikat. Pastinya jika kita meneliti punca diperingkat akar umbi pastinya kita mendapat jawapan bahawa permasalahan tidak memakai topi keledar dan pemakaian topi keledar secara tidak sempurna adalah berpunca daripada sikap. Sikap penunggang dan pembonceng dengan amalan slogan “TAK PA” telah mengheret kepada masalah yang lebih dasyat lagi iaitu masalah kemalangan yang ngeri dan parah. Sikap sebeginilah yang harus diperbetulkan agar keselamatan pengguna lebih terjamin.

Persatuan Pengguna Universiti Malaya dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mencadangkan agar penekanan pendididikan keselamatan jalan raya dipertingkatkan. Silibus pengajaran untuk mengambil lesen memandu yang ada sekarang memang cukup berkesan dalam pemahaman masyarakat. Tetapi sikap masyarkatlah yang menyebabkn pendidikan ini tidak dipeduli. Maka seharusnya pihak yang berwajib menekankan kepentingan pemakaian topi keledar dengan cara yang betul agar diaplikasikan dalam kehidupan seharian sekaligus membetulkan mentaliti masyarakat tentang kepentingan pemakaian topi keledar.

Billbord yang berada di tepi jalan raya yang menunjukkan kengerian disebabkan kecuaian pemakaian topi keledar seharusnya diperhebatkan lagi agar gambaran-gambaran kengerian menyelusup masuk ke benak fikiran masyarakat agar tidak berlaku pada diri. Penguatkuasaan pihak berkuasa juga harus dipertingkatkan agar penunggang dan pembonceng tidak melakukan perkara biadap ini.  

Selain itu kesedaran dan pemahaman masyarakat juga harus dikemaskan agar pendidikan jalan raya ini menjadi aplikasi seharian dan secara tidak langsung gerak laku masyarakat adalah bertepatan dengan undang-undang. Harus diingat kepada setiap masyarakat bahawa pemakaiann topi keledar ketika menunggang dan membonceng merupakan perkara penting kerana kemungkinan kemalangan sememangnya tidak dapat dijangka dan seharsnya masyarakat berwaspada. Lebih dari itu adalah pemakain topi keledar dengan cara yang sempurna sememangnya perlu diadaptasikan dalam kehidupan seharian kerana walau semahal dan sebaik mana pun topi keledar yang dipakai jika tidak diikat dengan kemas tidak memberi apa-apa kesan melainkan kesengsaraan. Seharusnya pengguna memikir bahawa perkara ini berhubung dengan etika seharian pengguna di bawah cogan kata “Pengguna Bijak Faedahnya Banyak

 

Zulzaidi mahmod

Exco Akademik Dan Intelektual

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

 

Di alamat:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur.

 

 

matnyum@yahoo.com

2 Tanggapan

  1. Di Indonesia topi keledar harus dipakai, kalau tidak yang bersangkutan di tangkap polisi. kecelakaan tetap banyak, karena mereka (pengguna motosikal)suka melanggar rambu-rambu lalu lintas.

  2. Artikel yang menarik. Mohon izin saudara untuk saya link blog saudara ke blog saya. Terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: