ADILFITRI: SEDIAKAN BAS UNTUK MAHASISWA

Melangkah ke Ramadhan perkara yang amat menggembirakan ummat Islam dalam semua peringkat masyarakat. Bulan ibadah ini juga merupakan bulan yang mendidik kehidupan ke arah yang lebih Rabbani. Dalam keenakan Ramadhan yang hadir ini terdapat liku-liku yang harus ditempuh oleh sebilangan besar masyarakat untuk pulang ke kampung.

“Encik ! bas ke Kota Bharu untuk hujung bulan September ada lagi?” Tanya seorang pengguna kepada kerani yang menjaga kaunter Bas Ekspres. “Maaf, tiket bas untuk ke semua destinasi sudah habis dijual, tetapi jika encik mahu juga, harga tiket dua kali ganda dari biasa sebab kita terpaksa tempah bas tambahan” jawab kerani itu bersahaja.

Rata-rata pengguna yang pergi ke Perhentian Bas tidak dapat menghela nafas lega untuk membeli tiket dengan kejutan-kejutan seperti dialog di atas. Pengguna terpaksa beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan tiket kecewa dengan kenyataan tiket bas habis atau harga tiket berlipat ganda.

Kekecewaan ini juga dihadapi sebilangan besar mahasiswa yang mahu pulang ke kampung untuk beraya dan berehat bersama keluarga setelah penat berada di Menara Gading. Kehabisan tiket ini juga menghambat mahasiswa kepada keserabutan yang amat sangat. Umar Bin Abdul Basar pelajar Universiti Malaya kecewa dengan kehabisan tiket Bas Ekspres dan mencadangkan pihak universiti menyediakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung pada Raya Aidilfitri ini.

Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM), Chee Ah Tey, menyatakan bahawa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dijangka menggunakan perkhidmatan sewa khas 1,000 hingga 2,000 bas sekolah untuk mengangkut pelajar pulang beraya di kampung berdasarkan permintaan. Persoalannya sehingga hari ini jualan tiket tidak dilakukan dan sememangnya mahasiswa kecewa atas kenyataan ini. Ini berikutan Hari Raya Aidilfitri yang julung-julung kali disambut setiap tahun menjadi hari yang cukup bermakna untuk mahasiswa bersama keluarga, jika masalah ini tidak dapat diatasi kekecewaan mahasiswa makin memuncak.

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mencadangkan bahawa pihak pentadbiran universiti perlulah menjaga kebajikan mahasiswa agar selaras dengan misi dan visi universiti masing-masing. Bas tambahan yang di usahakan oleh pihak universiti juga perlulah mengenakan caj harga pada kadar biasa agar mahasiswa tidak terbeban. Semua universiti sama ada UM, UITM, UKM, UPM,USIM dan sebagainya perlulah mengambil langkah bijak ini kerana dengan langkah perkhidmatan bas pulang ke kampung pada Aidilfitri ini membantu mahasiswa yang buntu.

 

ZULZAIDI BIN MAHMOD

EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL

PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

Satu Tanggapan

  1. kalau nak pakai bas dari kl dan selangor ke serata malaysia call saya. Saya ada bas persiaran dan bas sekolah untuk tujuan rombongan.

    M.FARIS
    012-329 0240

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: