Akta Pendidikan mesti lebih demokratik -Dr. Kumar di Parlimen

DR. JEYAKUMAR(WAKIL RAKYAT PSM SUNGAI SIPUT) DI PARLIMEN

 

The Education Act.  25/8/08

 

Terima kasih Dato Yang Di Pertua.

 

Kebetulannya, saya terasa kecewa dengan Menteri Pendidikan kerana tidak ambil peluang Akta Pindaan ini untuk mengubahsuaikan Akta Pendidikan supaya ia dijadikan lebih terbuka dan demokratik.

 

Bila kita menyemak Akta Pendidikan 1996, kami dapati bahawa ianya adalah suatu Akta yang berat sebelah pada pihak eksekutif, yang dengan izin “heavy handed” dan bersikap berdiktator. Mengikut Akta ini, Menteri dilantik oleh Perdana Menteri. Di bawah kuasa yang diberi di bawah Seksyen 5, Menteri Pendidikan melantik Ketuu Pendaftar dan juga timbalan-timbalan beliau.

 

Pihak Pendaftar mempunyai kuasa-kuasa yang amat luas. Dia yang mempunyai kuasa untuk mendaftar guru, pengelola dan juga Institusi Pendidikan ataupun untuk menolak ataupun membatalkan pendaftaran mereka. Mengikut seksyen 84 dalam Akta Pendidikan, mana-mana guru ataupun institusi pendidikan yang tidak setuju dengan keputusan Pendaftar boleh merayu kepada Menteri Pendidikan, tetapi mengikut seksyen 85 pula, keputusan Menteri adalah muktamad. Menteri yang lantik Pendaftar. Rayuan terhadap Pendaftar akan dirujuk balik ke Menteri. Semua dalam suatu circuit yang tertutup. Tiada pihak ketiga yang berkecuali yang boleh memutuskan.

 

Memang wujudnya suatu Majlis Penasihat.untuk memberi pandangan dan nasihat pada Menteri. Tetapi ahli-ahli majlis ini dilantik oleh Mneteri sendiri, dan boleh digugurkan olehnya pada bila-bila masa pun. Maka mana dia check and balance? Langsung tiada mekanisme untuk golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan untuk memberi pandangan ataupun teguran mereka.

 

Saya amat kecewa, Kementerian Pendidikan gagal memakai kesempatan membentangkan Akta Pindaan ini untuk mengubahsuaikan situasi berat sebelah ini dan menjadikan Akta Pendidikan suatu akta yang lebih demokratik. Malah ada seksyen dalam Akta yang diperketatkan lagi dalam Pindaan ini. Umpamanya, Seksyen 22(3) dalam Akta induk yang menyatakan bahawa sebarang kurikulum tambahan untuk tadika harus dimaklumkan pada pihak pendaftar diperketatkan dengan syarat bahawa kebenaran secara bertulis harus didapat sebelum sebarang tambahan dilakukan ke syllabus tadika!

Seksyen 22(4) yang sedia ada dalam Akta Induk menyatakan bahawa sesipa yang tidak mengikut seksyen 22(3) boleh dipenjarakan selama 1 tahun!

 

Datuk Yg DiPertua, sebelum Merdeka, pihak penjajah telah mengubal beberapa undang-undang untuk menyekat hak rakyat dan menumpukan kuasa di tangan eksekutif supaya dapat memecah semangat rakyat berjuang untuk keadilan dan merdeka. Malangnya, 50 tahun selepas Merdeka, kita masih memakai mind-set ataupun kaedah pemikiran penjajah apabila kita menggubal Akta.

 

Akta Pendidikan digubal pada tahun 1996. Tetapi dari segi demokrasi, dari segi check and balance dan dari segi penumpuan kuasa di tangan eksekutif, pendekatannya adalah sama sahaja dengan pendekatan yang pakai oleh pihak penjajah.

 

Adalah harapan saya bahawa pihak kerajaan boleh memakai setiap kesempatan membawa pindaan akta untuk membuka ruang untuk masyarakat madani memberi maklumbalas dan memainkan peranan. Perlu ada suatu mekanisme check and balance diwujudkan.

 

Seperti dikatakan Yang Di Pertua, “Power corrupts, and absolute power corrupts absolutely’. Oleh itu saya harap kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mendemokratikkan akta-akta yang sedia ada.

 

Terima kasih. 

 

Dr. Jeyakumar

Di Parlimen 25 Ogas 2008


visit our website at
http://parti- sosialis. org


visit our website at
http://parti- sosialis. org

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: