Demo: Siswa UiTM rela kena tindakan

salam perjuangan,

saya ingin berkongsi pandangan saya terhadap demo pelajar Uitm.
saya memang berasa terkejut dan marah terhadap tindakan pelajar Uitm
ini. di sini, secara jelasnya boleh dilihat, isu kaum sekali lagi
digunakan untuk menarik perhatian seluruh rakyat malaysia. dan saya
tidak faham mengapa pelajr Uitm hendak memperjuangkan isu ini
sedangkan terdapat banyak isu yang boleh diperjuangkan terutamanya
pada masa kini pindaan AUKU. selepas demo ini, satu demo untuk
membantah pindaan AUKU telah diadakan di depan parlimen tetapi
bagaimana dengan penyertaan pelajar dalam demo itu? sekiranya kita
membandingkan penyertaan pelajar dalam kedua-dua demo , demo pelajar
Uitm membabitkan penyertaan yang sangat banyak, kira-kira 3000
pelajar tetapi bagi isu yang lebih penting yang menentukan masa depan
pelajar disertai kira-kira 150. kenapa ada unbalancing dalam
penyertaan pelajar dalam kedua-dua isu ini? dikatakan pelajar
univerisiti boleh berfikir secara analitik, kenapa mereka berkelakuan
seperti ini? kenapa mereka tidak boleh membezakan isu yang mana harus
diperjuangkan dan penting dalam kehidupan mereka sebagai pelajar
universiti? isu kaum memang menjadi isu yang mudah untuk menarik
perhatian semua orang tetapi adakah ia menjadi suatu yang relevan
dalam negara malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa?
sebagai pelajar, kita harus memperjuangkan isu-isu yang melibatkan
semua kaum dan bangsa dan semua golongan. saya berharap pelajar Uitm
yang turun untuk demo tersebut turun juga untuk demo AUKU untuk
memperjuangkan isu pelajar ini. jangan gunakan isu kaum ini sebagai
isu penting dan lupakan hak kita sebagai pelajar dan benarkan hak
kita dicabuli. fikirlah….

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: