Demo: Siswa UiTM rela kena tindakan

Pada minggu MMM pastinya anda telah diberitahu oleh rakan-rakan senior anda bahawa anda harus mengundi biru apabila tibanya pilihanraya kampus nanti. Biar Chinese Community Council, Persatuan Agama Hindu atau mana-mana Jaksa, mereka sudah tentunya memberi gambaran buruk mengenai Gabungan Mahasiswa UKM. Mereka sudah tentu menabur fitnah bahawasanya golongan pembakang di universiti adalah sesuatu yang buruk dan harus dielakkan, bahawa jika anda menyokong pembangkang, Universiti tidak akan melayan tuntutan anda.

Tanyalah kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang tidak taksub dengan Aspirasi atau Biru, mereka sudah tentu akan menyatakan bahawa golongan ini tidak pernah menyuarakan kepentingan mahasiswa. Hakikatnya mereka adalah ejen-ejen kepada pihak pentadbiran yang tidak mahu sebarang bantahan atau cabaran daripada mahasiswa. Sedih dibayangkan apabila, para mahasiswa dijadikan boneka begitu sahaja. Suatu ketika dahulu, mahasiswa merupakan penentu corak social seluruh Negara.

Pada tahun-tahun sebelum kewujudan AUKU, pembangunan intelek mahasiswa Malaysia adalah begitu pesat sekali. Masiswa disegani dan dihormati oleh orang ramai, malah mahasiswa menjadi contoh dan merupakan golongan pemikir yang terutama di Malaysia. Malanganya selepas kewujudan AUKU, perkembangan minda mahasiswa terbantut. Lihat sahaja program-program yang dilaksanakan oleh PMUKM pada masa ini.

Pesta Cahaya dan Pesta Ang Pow dijadikan satu ilusi untuk mendiamkan dan mencacatkan perkembangan intelek mahasiswa India dan Cina. Ejen-ejen pendtadbiran mewujudkan ketakutan dengan menyatakan bahawa seandainya mereka tidak mengundi Aspirasi maka Universiti tidak akan membenarkan pesta-pesta ini dijalankan. Persoalannya hanya ini sahaja kah symbol perkembangan intelek mahasiswa India dan Cina? Bila lagi akan kita lihat intelektual Cina dan India di Malaysia? Bila lagi akan kita lihat Nasionalis Malaysia yang bukan berbangsa Melayu? Bila lagi akan kita lihat ahli falsafah Malaysia dari golongan cendekiawan Cina dan India?

Sampai bila lagi akan anda benarkan Aspirasi menjalankan proses pembodohan mahasiswa? Lihat sahaja pesekitaran anda, adakah ini dikatakan sebagai Universiti? Andakah anda rasa perkembangan minda intelektual adalah mencukupi? Adakah mahasiswa Melayu, Cina, dan India kita mampu bersaing secara intelektual dengan masyarakat antarabangsa? Bila lagi akan kita lihat president PMUKM yang bukan berbangsa Melayu?

Sampai bila anda akan membenarkan Aspirasi memperbodohkan anda dengan tipu helahnya menggunakan pesta ang pow dan pesta cahaya? Samapai bila lagi Mahasiswa Cina dan India akan terus terasing daripada Mahasiswa Melayu? Sampai bila lagi kita akan terus bersifat perkauman dan menyokong kepimpinan pelbagai kaum yang olok-olok anjuran Aspirasi?

Gabungan Mahasiswa mengaku bahawa pada suatu ketika dahulu hanya terdiri daripada mahasiswa Melayu dan terlupa akan rakan-rakan Cina dan India. Tetapi hari ini Gabungan Mahasiswa sudah bangkit, dan ingin berubah. Hari ini kami sudah ada penyertaan sahabat Cina dan India. Hari ini Gabungan akan meneruskan perjuangan Mahasiswa pelbagai bangsa dibawah satu bendera. Hari ini Gabungan akan memperjuangkan suara Mahasiswa! Gabungan akan menyatukan masyarakat kampus dan menghidupkan kembali kuasa Mahasiswa. Kami berharap anda akan sedar dan tidak terpedaya lagi dengan helah Aspirasi. Aspirasi sudah gagal memperjuangkan kepentingan Mahasiswa.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: