PMAPIUM MENYOKONG SAMBUTAN HARI GURU 2 KALI SETAHUN

Hari guru merupakan saat yang paling berharga bagi insan yang bergelar guru tatkala anak murid mengucapkan kata-kata memohon maaf, halalkan ilmu yang ditimba, mohon diberkatkan ilmu yang dipelajari, member sekalung bunga dan yang paling menggembirakan adalah ucapan terima kasih kepada guru. Menyingkap sajak Guru Oh Guru karya Allahyarham Usman Awang yang jelas menunjukkan bahawa segala profesion yang ada pada hari ini yang dipenuhi anak bangsa Malaysia adalah bermula dengan guru yang sabar tingkahnya.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca.

Hari guru di Malaysia yang disambut setiap tahun pada 16 Mei adalah suatu penghargaan yang paling berharga dan bernilai kepada mereka yang bergelar guru. Kedengaran bahawa hari guru akan disambut 2 kali setahun disambut baik oleh Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM). Perbincangan yang masih dijalankan oleh persatuan-persatuan dan majlis berkaitan guru di negara in haruslah diteliti secara mendalam kerana sambutan ini bukanlah sambutan ulang tahun hari-hari biasa tetapi adalah sambutan meraikan guru yang sangat berjasa kepada tanah air. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengistiharkan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov setiap tahun merupakan suatu langkah bijak. Sememangnya harus kita mengerti bahawa hari guru disetiap Negara seluruh dunia disambut pada tarikh yang berbeza seperti Negara Albania pada 7 Mac, Negara China pada 10 September, Czech Republik pada 28 Mac, Negara Russia pada 5 Oktober, Negara Taiwan 28 September, Negara Thailand 16 Januari, Negara Vietnam pada 20 November dan sebagainya.

Langkah PBB untuk meraikan hari guru sedunia merupakan langkah bijak untuk menyatukan seluruh Negara dalam menyambut hari guru ini. Hari guru yang disambut adalah untuk menghargai jasa mereka membanting tulang dan keringat, pengorbanan dan keperitan mendidik rakyat. Peranan guru dalam masyarakat dunia bukanlah satu peranan kecil bahkan guru-guru inilah yang dapat mencipta gelombang keintelektualan anak bangsa supaya lebih berdaya saing dari semua sudut. Walaupun sememangnya hari guru ini adalah wajar disambut setiap hari tetapi langkah meraikan pada tarikh dan waktu tertentu merupakan penghargaan yang amat besar dalan karier ini. Azizi Haji Abdullah dalam karyanya Memoir Seorang Guru telah menyedarkan bahawa tugas guru ini bukanlah hanya mengajar membaca dan menulis tetapi adalah melahirkan insan yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.

Wan Norzahidah bin Wan Ahmad Mahasiswi Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam menyatakan guru merupakan insan yang terpenting selepas ibu bapa dalam mengadun anak bangsa supaya cemerlang. Seorang guru pada hakikatnya bukanlah mahukan diri mereka disanjung dijunjung, dipuji dipuja bukan juga mengharapkan balasan atas jasa-jasa mereka, yang hanya dimahukan cukuplah anak-anak murid mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair.

Sejarah setiap Negara dalam menyambut hari guru adalah berbeza-beza seperti di Malaysia sambutan hari guru adalah sempena Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita yang dikenali sebagai laporan Razak pada tahun 1956. Di Negara Amerika Latin Hari guru sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmieto seorang pendidik dan ahli politik Argentina . Manakala di Negara Czezh Republik Hari Guru disambut sempena hari lahir Jan Ámos Komenský dan begitu juga dinegara-negara lain yang mempunyai sejarah tersendiri dalam meraikan hari guru.

Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah dalam mendidik anak bangsa, sehingga ada usul dikeluarkan supaya guru mempunyai bidangkuasa yang luas diluar sekolah dan waktu persekolahan dalam mendidik anak bangsa. Ini kerana melihat gelagat pelajar sekolah hari ini yang begitu liar dengan budaya-budaya hedonism yang mampu melumpuhkan perjalanan sistem pendidikan kita pada hari ini. Ini berikutan kes-kes ponteng, hisap rokok, vandalism dan budaya negatif mula menyelusup masuk ke sekolah-sekolah secara lansung dan tidak langsung. Seharusnya pihak yang bertanggungjawab dapat membincangkan samada guru wajar atau tidak bertindak diluar sekolah dan waktu persekolahan.

Sekali lagi PMAPIUM menyokong cadangan berkenaan sambutan hari guru disambut 2 kali setahun iaitu Sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei dan Sambutan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov. Ini merupakan langkah bijak yang mana Sambutan Hari Guru diperingkat kebangsaan dan dunia adalah agar mereka lebih berdaya saing dan bertungkus lumus mendidik anak bangsa Malaysia dalam proses pembentukan nilai insani dalam diri melalui sistem pendidikan.

ZULZAIDI BIN MAHMOD

Exco Akademik Dan Intelektual,

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya

Merangkap:

Timbalan Presiden

Persatuan Pengguna Universiti Malaya

Universiti Malaya

Timbalam Presiden

Lajnah Syariah Dan Undang-Undang

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya

7 oktober 08/ 7 syawal 1429

0125002954/0162201456

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: