Aktivis Suaram ditahan bawah ISA

Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam ini.

Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.

Menurut penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, aktivis badan hak asasi itu kemudian dibawa ke balai polis Pasir Gudang tidak lama selepas itu.

Cheng dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

Pada mulanya, Cheng hadir di Seri Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan polisnya di balai polis Permas Jaya  semalam mengenai penangkapan terhadap 27 penduduk dan pemimpin PAS di Plentong Jaya.

Nyam berkatamemberitahu Malaysiakini, beliau bersama Cheng hadir kira-kira jam 8.30 malam selepas dihubungi seorang inspektor untuk mengambil keterangan wanita berkenaan.

Kira-kira dua jam kemudian, tambah Nyam, beliau dimaklumkan bahawa Cheng ditahan polis malam ini bawah akta kontroversi tersebut.

Dihubungi Malaysiakini ketika berkumpul bersama beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis di Pasir Gudang awal pagi ini, Nyam berkata beliau dimaklumkan Cheng akan dibawa ke Johor Bahru pagi esok.

Tambahnya, beliau bersama sekumpulan aktivis akan ke sana mulai 9 pagi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya penahanan Cheng.

Semalam, kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan di kawasan setinggan itu dibebaskan setelah berada di balai polis kira-kira lapan jam.

Mereka – termasuk ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah – dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.

Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya, tempat mereka ditahan, pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.

Mereka, termasuk tiga wanita, ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Beberapa ratus penduduk membantah usaha perobohan itu.

Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kawasan itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.

Kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang semama selepas perundingan dengan wakil penduduk setelah ia dimulakan kira-kira jam 10 pagi.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: