solidariti_mahasiswa_malaysia] Jangan Undi Aspirasi

Tidak lama lagi musim pilihanraya kampus akan tiba, sekitar bulan Januari agaknya. Saya sarankan kepada semua mahasiswa UKM supaya jangan undi Aspirasi. Aspirasi sebenarnya adalah proxy HEP untuk memastikan pelajar-pelajar tidak membantah segala tindakan HEP. Ini termasuk menaikan yuran dan mengenakan pelbagai yuran tambahan, selain daripada menyimpan wang-wang persatuan pelajar tanpa membayar faedah. Jumlah wang yang disimpan oleh persatuan-persatuan ini ada yang mencecah RM50, 000.00. Pemimpin-pemimpin Aspirasi sebenarnya merupakan tiang-tiang yang dipacakkan oleh HEP. Segala persediaan untuk pilihanraya kampus bagi calon-calon Aspirasi dilakukan oleh HEP dan bukanya oleh calon sendiri. Ini berbeza dengan calon-calon Gabungan Mahasiswa UKM.

Gabungan Mahasiswa UKM adalah suatu gabungan diantara beberapa kumpulan organisasi pelajar yang tidak tunduk kepada penindasan HEP dan membangkang pimpinan Aspirasi. Tanggapan buruk yang digambarkan oleh pemimpin-peminpin Aspirasi sewaktu minggu MMM adalah fitnah untuk mencipta ketakutan dikalangan pelajar-pelajar Cina dan India. Mereka menyebarkan cerita kononya jika anda mengundi pembangkang di Universiti, mereka akan mengharamkan Pesta Tanglong, Pesta Cahaya dan Pesta Angpow. Mereka akan mengharamkan pergaulan diantara lelaki dan perempuan dan mengamalkan system pengasingan mengikut jantina serta pelbagai perkara yang remeh dan tidak masuk akal telah dikaitkan dengan pimpinan pembangkang di UKM.

Gambaran-gambaran itu adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya perkara-perkara remeh yang ditimbulkan oleh Aspirasi itu adalah perkara-perkara yang mereka sendiri gunakan untuk mengelakkan dpelajar-pelajar menjadi peka dengan perkara-perkara yang lebih penting yang diperjuangkan oleh Gabungan Mahasiswa. Seringkali Aspirasi memberi gambaran bahawa Gabungan Mahasiswa memperjuangkan parti pembangkang khususnya PAS. Ini adalah tidak benar, dasar-dasar perjuangan Gabungan Mahasiswa UKM, digubah oleh mahasiswa UKM sendiri. Malah dasar-dasar ini adalah berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang di luar.

Dasar-dasar Gabungan Mahasiswa telah diperhalusi oleh pemimpin-pemimpin pelajar dari pelbagai kaum. Memang diakui sebilangan besar penyokong Gabungan Mahasiswa adalah daripada kumpulan pelajar-pelajar Institut Pengajian Islam. Namun harus disedari bahawa kepala-kepala yang menerajui pimpinan Gabungan Mahasiswa adalh terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh Teo Lee Ken daripada kumpulan Diskopi merupakan antara pemimpin utama Gabungan Mahasiswa, selain itu Danaletchumi daripada kumpulan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I juga merupakan pemimpin dalam Gabungan Mahasiswa. Terdapat ramai lagi pemimpin Gabungan Mahasiswa yang berbangsa cina dan India yang menganggotai Gabungan Mahasiswa. Apa yang lebih menarik adalah corak perjuangan Gabungan Mahasiswa yang dinamik.

Gabungan Mahasiswa memperjuangkan idea-idea yang tidak berunsur perkauman. Mereka amat menitik beratkan agar tidak berlaku pengasingan perkauman diantara mahasiswa/I. Suntikan pemimpin daripada pelbagai kumpulan yang turut memperjuangan idea-idea yang serupa merupakan bukti dan komitmen Gabungan Mahasiswa untuk mengunbah presepsi kampus terhadapnya. Selain itu pemimpin-pemimpin Gabungan Mahasiswa juga adalah lebih berkepimpinan dan mampu untuk membawa perubahan kerana mempunyai sifat-sifat yang berani untuk mempersoalkan penindasan serta kuat berpegang kepada sikap transparensi dan anti-korupsi.

Untuk lebih memahami kumpulan-kumpulan yang menganggotai Gabungan Mahasiswa, adalah baik jika kita meneliti aktiviti-aktiviti mereka di internet. Halaman http://gm-ukm. blogspot. com adalah satu contoh yang baik untuk menunjukkan keteraturan Gabungan Mahasiswa sebagai suatu unit politik kebajikan di UKM. Kumpulan Diskopi yang menjalankan Warung Idea Diskopi di http://diskopi. wordpress. com pula menggambarkan corak perjuangan mereka yang lebih mendalam berbanding dengan perkara-perkara yang menjadi tumpuan calon-calon Aspirasi. Perdebatan dan perkembangan idea-idea ekonomi dan pelbagai isu penting menjadi agenda utama kumpulan anak-anak muda ini. Mereka tidak membawa idea-dea perkauman yang memecah belahkan pelajar-pelajar. Mereka juga berani dalam mengutarakan pandangan dan kritik tanpa rasa takut. Tidak seperti pemimpin Aspirasi yang seringkali mengelak undangan untuk berbahas di khalayak umum.

UKM Student Union di http://ukmstudentun ion.blogspot. com/ pula merupakan kumpulan mahasiswa Cina yang berusaha untuk mengubah tanggapan mahasiswa UKM tentang imej buruk yang dicipta oleh Aspirasi terhadap pembangkang. Mereka ini adalah mahasiswa yang berkemampuan untuk beorganisasi secara sendiri tanpa mengharapkan bantuan HEP. Mereka terus menjalankan usaha-usaha untuk membentuk pemikiran mahasiswa supaya tidak dituakan dengan tipu helah dan ugutan pihak Aspirasi. Sudah lama pihak-pihak ini menjalankan operasi untuk mendidik mahasiswa tentang perjuangan hak-hak dan kepentingan mereka secara berasingan. Ternyata bahawa apabila bergerak secara berasingan pihak pembangkang tidak dapat mengalahkan Aspirasi kerana hegemony HEP. Kini mereka telah bergabung dan berkerjasama untuk membawa perubahan di UKM, namun tanpa sokongan padu mahasiswa mereka tidak akan Berjaya untuk menumbangkang Aspirasi kerana mereka mempunyai sokongan HEP.

Kini keadaan sudah mula mendesak dengan adanya salahguna wang pelajar-pelajar didalam kepimpinan PMUKM yang diterajui Aspirasi. Selain semangat perkauman juga kian menebal melalui kroni-kroni Aspirasi iaitu CCC ( Chinese Community Council ) dan PAH (Persatuan Agama Hindu). Kedua-dua kumpulan gerakan ini bersifat perkauman dan seringkali membangkitkan rasa syak wasangka buruk diantara satu sama lain supaya dapat mengekalkan kebimbangan kononya mahasiswa daripada kaum masing-masing akan tertindas jika tidak member sokongan kepada Aspirasi. Cara kerja mere yang mengemulasi cara kerja Barisan Nasional telah menjadi punca utama mahasiswa bersikap prejudis dan saling tidak percaya diantara satu sama lain. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat, kerana esok nanti mahasiswa inilah yang akan memegang tampok pimpinan Negara.

Proxy-proxy HEP diletakkan supaya tidak akan wujud sebarang bantahan terhadap apa-apa yang dilakukan oleh HEP. Ini adalah sesuatu yang tidak harus, sebagai pelanggan university yang membayar yuran, kita sebagai mahasiswa berhak untuk mendapat kualiti perkhidmatan yang terbaik dan HEP perlu tunduk kepada kehendak pelanggan dan bukan sebaliknya. Untuk mempersoalkan HEP adalah hak pelanggan, dan PMUKM adalah saluran yang sewajarnya untuk mahasiswa melahirkan apa-apa aduan dan ketidakpuasan, akan tetapi bagaimana hak dan kepentingan mahasiswa akan terjaga apabila pemimpin-pemimpin yang diundi masuk adalah proxy-proxy HEP? Wahai pembaca sekalian sedarlah, Aspirasi adalah konspirasi untuk memastikan mahasiswa tidak bersuara dan hanya tunduk apabila diarahkan oleh HEP. Ini adalah satu budaya yang salah dan tidak masuk akal. Sebagai pelanggan yang tidak mempunyai pilihan, kerana kebanyakkan kita tidak boleh menukar university dengan kehendak kita sendiri, oleh yang sedemikian adalah penting untuk mahasiswa memastikan PMUKM terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa yang berani mencabar keputusan HEP yang menindas pelajar. Hak kita sebagai pengguna atau pelanggan harus dijaga.

Kepelbagaian dalam Gabungan Mahasiswa masih belum ditonjolkan lagi, pilihanraya kampus yang akan datang akan menjadi wadah untuk mereka mengekspresikan diri mereka. Anda akan lihat akan kepelbagaian didalam Gabungan Mahasiswa yang jauh lebih memerangsangkan berbanding dengan Aspirasi. Walaubagaimana pun campur tangan HEP dalam pilihanraya akan menyebabkan mereka kalah seperti biasa. Namun jika semua pelajar bersatu hati dan semua undi diberi kepada Gabungan Mahasiswa, maka suatu pembaruan akan dilihat, kemenangan calon Gabungan Mahasiswa akan membawa perubahan yang dinamik bagi UKM. Mereka adalah suara mahasiswa, mereka adalah orang muda yang tidak gentar dengan HEP, mereka berani kerana benar dan mereka tidak diam ketika penindasan berleluasa. Mereka berjuang dan terus berjuang dengan berbekalkan ilmu, bersuluhkan kebenaran dan bersemangatkan perpaduan. Mereka adalah harapan masa depan yang lebih cerah, lebih unggul. Jangan leka lagi, jangan ditundukan lagi, bangkit untuk mempertahankan hak anda. Mahasiswa generasi kita perlu lantang bersuara, matlamat kita bukan semata-mata menuntut ilmu, tetapi juga mempraktikan ilmu dan memperkembangkan ilmu. Sejajar dengan apa yang telah kita pelajari di Universiti, keadilan, ketelusan, dan tanggungjawab membina masyarakat adalah terletak di tangan kita.

Gabungan Mahasiswa UKM telah member alternative kepada anda supaya hak anda terjaga, supaya anda tidak terus diperbodohkan. Pemimpin-pemimpin Gabungan Mahasiswa ingin mencorak masa depan dengan membentuk masyarakat kampus yang dinamik, perihatin, dan bersatu-padu, namun untuk melaksanakan semua ini, mandat yang menyeluruh daripada semua mahasiswa adalah amat penting. Perubahan dalam kampus memerlukan sokongan padu anda, pembangkang di dalam universiti adalah suatu keperluan sebagai “check and balance” untuk memastikan pihak yang memegang kuasa tidak menindas dengan kuasa yang dipegangnya. Bangkitlah mahasiswa, bangkit dan berilah sokongan kepada yang pro mahasiswa yang menjaga kepentingan anda dan bukannya kepentingan university. Sedarlah, dan beri sokongan anda kepada Gabungan Mahasiswa supaya pembaharuan boleh dimulakan. Ingat, sudah tiba masa kita berubah, jangan biarkan diri anda ditipu aspirasi luput. Ciptalah masa depan dengan harapan baru.

Satu Tanggapan

  1. […] sebelum nya memang suasana terasa panas dalam pilihan raya di kampus UM ini (solidariti_mahasiswa_malaysia] Jangan Undi Aspirasi) […]

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: