KOTAKAN JANJI KAMU MPMUM

Di tulis oleh Zulzaidi bin Mahmod

Exco Akademik dan Intelektual, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)

Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) atau lebih dikenali Pilihanraya Kampus merupakan satu mekanisme untuk menggilap bakat kepimpinan dikalangan mahasiswa sebelum melangkah terus ke dalam realiti masyarakat sebenar.

Tsunami politik kampus telah menggegarkan negara apabila PRO-Mahasiswa telah menakluki kembali kampus tertua iaitu Universiti Malaya. Persoalan yang timbul bukanlah kenapa PRO-Mahasiswa menang, tetapi kenapa pihak Penggerak Mahasiswa atau lebih dikenali Aspirasi yang kalah kerana meraka gagal mempertahankan kerusi MPM setelah 5 tahun menjuarainya.

Pengkoreksian jelas menunjukkan kepada persiapan dan propaganda yang dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. Di Universiti Malaya dua gergasi besar iaitu PRO-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa seakan hilang daya saing politik kampus secara adil dan telus kerana hanya PRO-Mahasiswa seakan dilihat masyarakat kampus dan Malaysia sahaja yang menunjukkan taring yang begitu tajam setelah sekian lama kalah dalam Pilihanraya kmapus pada sesi-sesi lepas.

Persaingan sengit dapat dilihat daripada keputusan yang menunjukkan PRO-Mahasiswa hanya menang tipis iaitu 21 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Seawal jam 2 pagi mahasiswa Universiti Malaya masih berkumpul menantikan keputusan Pilihanraya Kampus untuk melihat suatu perubahan diperingkat mahasiswa dalam meningkatkan prestasi dan kualiti Universiti Malaya ditahap yang tertinggi.

Tidak dinafikan terdapat cabaran dan rintangan yang begitu besar pada Pilihanraya Kampus pada kali ini iaitu soal hak dan keadilan yang dijanjikan oleh pihak Urusetia dan Jawatankuasa Pilihanraya Kampus Universiti Malaya. Tetapi dengan kematangan dan kebijaksanaan segelintir pihak termasuk mahasiswa yang beridealisme dan berintelektual dengan berpandukan kepada semua statut undang-undang dan peraturan Pilihanraya Kampus menunjukkan bahawa mahasiswa tidak sama sekali boleh diperbodohkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Soal kemenagan mana-mana pihak dalam Pilihnaraya Kampus sudah selesai bagi mahasiswa dan sekarang mahasiswa hanya mahu setiap calon yang menang dalam Pilihanraya Kampus Universiti Malaya pada kali ini mengotakan semua janji yang ditaburkan sewaktu berkempen melalui menifesito yang dijaja. Mahasiswa tidak mahu melihat suatu pengkhianatan yang jelas seperti sesi-sesi lepas apabila menisfesto yang dicanangkan kepada mahasiswa hanya retorik politik untuk meraih undi mahasiswa.

Harapan dan impian mahasiswa kepada kabinat pada kali ini merupakan suatu pandangan positif agar kepimpinan-kepimpinan yang memegang kabinat tidak mengabaikan hak mahasiswa. Sewaktu berkempen hampir kesemua calon menyatakan akan membawa isu kebajikan mahasiswa dan menyelesaikannya seperti isu air di kolej kediaman, yuran kolej kediaman yang tinggi sehingga membebankan mahasiswa, kadar caj PTPTN dan sebagainya.

Kita mahu melihat bahawa MPMUM yang baru ini mampu merealisasikan apa yang dijanjikan agar mahasiswa menghormati pemimpin yang sebegitu jujur. Harapan mahasiswa yang paling besar adalah MPMUM dapat menyuburkan kembali budaya ilmu yang sekian lama hilang dari bumi Malaya. Forum-forum, ceramah, diskusi ilmiah dan sebagainya yang berorientasikan pembudayaan ilmu harus diterap dalam diri mahasiswa agar mahasiswa cakna terhadap semua isu termasuk isu global dan glokal.

Diharapkan MPMUM pada kali ini dapat bekerjasama tanpa mengira idealogi politik agar perjuangan mempejuangkan hak mahasiswa dapat direalisasikan dengan sempurna.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: