MAHASISWA DAN GAZA YANG BERDARAH

Bagi mahasiswa sekitar Lembah Kelang bahang pilihanraya kampus yang membakar dalam tempoh dua minggu ini mula reda dengan pahit manis setiap mahasiswa yang bertungkus- lumus untuk memastikan kemenangan berpihak kepada calon yang bertanding. Jika UIAM dan UM kerusi kabinet dirangkul hebat oleh PRO-Mahasiswa, tetapi soal kemenangan bukanlah soal penting untuk dibincangkan, perkara paling penting lagi adalah untuk mengisi kemenangan yang ada supaya mahasiswa yang cerdik memegang tampuk kepimpinan tidak diherdik kerana tidak tahu menggalas tanggungjawab dipikul. Walaupun mahasiswa sudah bermandi peluh dalam pilihanraya kampus, ada satu perkara lagi yang mahasiswa perlu lakukan iaitu memperjuangkan isu Palestin yang menjadi fokus penting kepada seluruh mahasiswa. Semenjak hari pertama serangan Yahudi hingga ke saat ini sudah ribuan umat Islam yang tidak berdosa bermandi darah terkorban dan tercedera akibat bedilan peluru-peluru oleh Yahudi yang tidak berhati perut. Rumah-rumah, bangunan, sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya musnah dan ranap dalam sekelip mata. Dr Yousef Al-Mansi daripada Kementerian Kerja Raya Palestin di Gaza menyatakan bahawa kos pembinaan semula Gaza mencecah 2.215 billior dolar. Sesungguhnya kerugian yang dialami dalam peperangan ini sangat besar. Anak-anak kecil, ibu-ibu hamil, warga tua dan semua umat Islam di bumi Ghaza hidup dalam keadaan yang amat menyedihkan. Si ibu kehilangan anaknya, si anak kehilangan orang tuanya, si adik kehilangan abangnya dan si abang kehilangan adiknya merupakan perkara lumrah dan apabila bertemu jasad orang yang disayangi yang tinggal hanyalah tubuh kaku yang tidak bernyawa. Umat Islam di palestin hanya mahukan keamanan yang mampu mengembalikan kejiwaan Islam yang mendalam. Sewaktu peperangan berlangsung antara Hamas dan Israel kita dapati mahasiswa seluruh dunia termasuk Malaysia bangkit memperjuangkan isu ini dan mengecam Yahudi. Jika di Kuala Lumpur demontrasi besar-besaran dilakukan oleh mahasiswa pada hari Jumaat 15 Januari 2009 dan mereka berarak ke Kedutaan Mesir untuk menyerahkan memorandum tuntutan mahasiswa kepada Kerajaan Mesir untuk membantu umat Islam di Gaza. Hampir di setiap universiti juga masing-masing mempunyai demontrasi sendiri mengecam tindakan Yahudi termasuklah di Univerisiti Utara Malaya pada tarikh yang sama diadakan “SPEECH PALESTIN” selepas Solat Jumaat di pintu masuk masjid apabila mahasiswa sangat dahagakan lontaran suara mahasiswa dan gerak kerja mahasiswa untuk mengecam tindakan laknat Yahudi ini walaupun pentadbiran UUM tidak memebenarkannya. Berbicara dalam ruang lingkup mahasiswa, PMAPIUM mempunyai beberapa pendekatan untuk mahasiswa sama-sama menggembeling tenaga dan minda untuk terus menjuarai isu-isu Paletin. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh mahasiswa walaupun genjatan senjata sudah diadakan adalah untuk memahami konsep surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” Israel sama sekali tidak akan membiarkan umat Islam menang bahkan mereka akan mencari jalan memperhambakan umat Islam dengan telunjuk mereka. Protokol Yahudi dan Talmud yang menjadi pegangan mereka jelas menyuruh umat Yahudi membunuh, merogol, mencuri dan memperlakukan apa sahaja asalkan kehendak mereka dipenuhi seperti ayat di atas. Umat Islam dikatakan Goyim iaitu binatang tunggangan mereka. Oleh yang demikian Yahudi akan memperkudakan umat Islam ke arah kesesatan dan sekarang kesesatan itu kian merantai umat Islam dengan belitan yang dinamakan hiburan hedonisme yang bermaharajalela. Malam-malam di IPT haruslah diwarnai dengan munajat Palestin yang mana bukan hanya doa-doa sahaja yang dibaca tetapi kehidupan tokoh-tokoh pejuang palestin mestilah diketahui agar mahasiswa menjadi mahasiswa yang responsif dengan semua perkara. Diskusi-diskusi ilmiah berkenaan Palestin haruslah dimeriahkan dengan kedatangan mahasiswa agar mahasiswa mengetahui semua isu baru di Palestin untuk menjadikan mahasiswa benar-benar berjiwa global dan glokal. Forum-forum, ceramah, pameran, deklamasi puisi, sudut poster isu Palestin dan sebagainya haruslah dijadikan gaya hidup mahasiswa yang sihat. Bukan terhenti sekadar itu sahaja, sumbangan dana kewangan untuk membangunkan Palestin yang berdarah dilakukan secara besar-besaran. Perkara asas yang terpenting ialah doa untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin agar mereka tidak lagi dibelenggu dengan masalah. PMAPIUM mengharapkan mahasiswa berganding bahu dan bersatu padu untuk terus memperjuangkan isu Palestin ini agar mahasiswa di Malaysia khususnya lebih bertanggungjawab dalam semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan di Malaysia dan antarabangsa. Perjuangan Palestin adalah tanggungjawab Umat Islam bersama.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: